Jumaat, 17 April 2015

HARI PERTAMA DI MARINA COVE RESORT,TELUK BATIK



Marina cove resort. . .korang ada yang pernah pergi resort ni ? Kalau belum pergi mesti terbayang-bayang macam mana landskap resort ni ..cantik atau sebaliknya ... cikyana first time menjejakkan kaki di resort ni .. memandangkan cikyana terpilih untuk berkursus selama 3 hari dua malam di resort ni...


Bertolak dari perlis jam 8 pagi dan selamat sampai di sana pukul 2 petang .. lama la jugak..lenguh duduk dalam bas nuh ..sebelum sampai marina cove cikyana dan member2 sempat lagi lunch kat satu restoran sebelum sampai resort ni .. restoran silaturrahim diberi nama . .time lunch masyaallah org punya la byk..jenuh beratur macam nk beli tiket bola pulak ..naseb baik lah makan dibuaat secara buffet..pilih saja lauk mana yg menyelerakan..



Setelah habis lunch..kami terus bertolak ke marina cove..tak sampai 10 minit akhirnya sampai juga..

Selesai check-in ..masuk bilik masing2..alhamdulillah .keadaan bilik amat selesa..ruang yg besar ada almari ,dapur,sofa untuk rehat..tak boleh lama2 dalam bilik sebab kursus akan start pukul 2.30 petang.masa amat menceburui..so kena la pantas..


Selesai mandi,solat,tukar baju..berbaju kurung la cikyana kita .dah siap2 apa tunggu lagi .selfie kejap dalam bilik ..




Marina cove resort teluk batik,marina cove resort berhantu ,selfie , blogger lyana rohazi, travel blogger


2.30 petang maka kursus pown akan bermula ..siap sedia beliakkan mata untuk melihat dan mendengar.bukan apa..letih sangat baru saja sampai dh nk kena masuk dewan..pasrah aja..



Marina cove resort teluk batik,marina cove resort berhantu ,selfie , blogger lyana rohazi, travel blogger
Sesi bergambar beramai-ramai bersama fasilitator sebelum bermulanya kursus..


Sesi petang pulak, ada aktiviti luar..landskap marina cove  outdoor sangat cantik..sebab berdekatan dengan waterpark..dan jugak pantai..bila buat aktiviti luar aja mata automatik tengok ke waterpark yang luas tue...

Sesi malam pun,turut sambung kursus tadi ..suasana marina cove amat menarik dengan curahan lampu-lampu..tapi koridor sepanjang nak ke bilik cikyana amat suram ..mungkin effect pada cahaya lampu ..dapat pulak bilik tingkat 1o ..ohhh..begitu tinggi sekali.. .. apa pulak yang terjadi hari kedua cikyana disitu ?? tunggu entri seterusnya...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...