Selasa, 25 November 2014

PREGNANT ANAK LUAR NIKAH,DIKAHWINKAN & NIKAH ITU TIDAK SAH




TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL... BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA. HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JANGAN TERUSAN DALAM KEJAHILAN.... 

 Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 9. Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting... 


 Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah...? Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu di lahirkan


 Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah...? Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan...


 Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu..


 Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan...? Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah... 


 Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan...? Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah... 


 Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah...? Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya...

 Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri... Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram... 

 Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah... 

 Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri? Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf... 

 Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu... Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam...



 USTAZ ROSLI AL HAFIZ -sebab rasa bertanggungjawab saya share-  

Rabu, 19 November 2014

CPUV/BE KE-33 : INTI 2015 Cycle 1 Degree




CPUV/BE KE-33 : INTI 2015 Cycle 1 Degree , blog liyana rohazi


Alhamdulillah . . nuffnang masih lagi bermurah hati . . cpuv kali nieyh 
datangnya dari inti 2015 cycle 1 degree . . 


so far untuk pengetahuan readers yg lain. . 
iklan nieyh selalu jugak menari nari dalam blog yana . . earningsna masih lgi tak mencukupi tahap yang cik yana jangkakan . . 
harap -harap earningnya  akan meningkat . .


thanks for nuffnang  



Pihak berkuasa telah bersuara tentang Cadbury




Pihak berkuasa telah bersuara tentang Cadbury


KENYATAAN UMUM
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

JAKIM SAHKAN CADBURY MALAYSIA ADALAH HALAL

PUTRAJAYA, 18 November, 2014Walaupun Cadbury Malaysia telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) beberapa bulan lalu, kami masih menerima pertanyaan daripada masyarakat beragama Islam dan pihak peruncit tentang status Halal coklat Cadbury.
JAKIM ingin mengesahkan bahawa, Cadbury Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal yang sah sejak tahun 2004 hingga kini. Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Ingin ditegaskan bahawa Pensijilan Halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Pemegang sijil juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh Jakim.
Para pengguna yang selama ini menggunakan produk yang mempunyai logo Halal Malaysia dinasihatkan tidak perlu bimbang kerana pemantauan terhadap pemegang Sijil Halal Malaysia dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan Halal.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, semua pihak diminta untuk merujuk melalui Portal Halal Malaysia dihttp://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih. Sebarang pertanyaan berkenaan Pensijilan Halal Malaysia boleh diajukan ke Bahagian Hab Halal, JAKIM di talian 03–8892 5000.

Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Selasa, 18 November 2014

16 NOVEMBER BUFDAY CIK YANA



16 november sudah berlalu . .baru sekarang nak update story untuk korang
alhamdulillah Alkah s.w.t masih lagi bagi peluang untuk cik yana bernafas di atas muka bumi nieyh . syukur alhamdulillah . .


16 november merupakan bufday cik yana . .
alhamdulillah tahun nieyh celebrate bufday dengan encik kesayangan cik yana



16 NOVEMBER BUFDAY CIK YANA


memandangkan bufday yana jatuh pada hri ahad . .
encik kesayangan dan cik yana pown cuti
so kitaorang dapat la outing sekali . .sesekali melepaskan rindu di dalam hati kan . .


kitaorang brcadang nk tgk wayang .do memandangkan
cita pown xberapa best . so tukar plan untuk jejalan area
jitra dan shooping barang² umah

encik kesayangan cakap kita shopping brg umah mcm org 
dah kawen kn . .hehe . 
cik yna hnya trsenyum saja..insyaAllah suatu hri nnti impikan kita akan trlaksana . .yg
perlu sekarang hny brusaha dan brdoa supaya jodoh kita brkekalan


kalau ditanya encik kesayangan kasi hdiah apa kt cik yana . encik kesayangan dh kasi byk
souviner dri lngkawi . .bju tshirt yg cik yna pkai dlm gmbar hdiah pmberian encik kesayangan
semua tue sudah cujup untuk cik yana . .yang penting nak encik kesayangan 
ingat bufday yana . . 

apa pown thanks my beloved ...





SEKITAR MALAM STAFF PARTY




SEKITAR MALAM STAFF PARTY,MALAM STAFF PARTY,ANNUAL DINNER


Pada 29 oktober 2014 yang lalu . . hotel tempat dimana cik yana bekerja telah melangsungkan satu majlis buat staff-staff . .anual dinner 2014 .. . 


disebabkan kesibukan bekerja . .so far lambat sedikit cik yana kongsikan kepada korang semua. . 
anual dinner malam tersebut bertemakan 'rock to night'
pakat-pakat berpakaian rock la semuanya ... tak kira tua muda turut join sekali anual dinner tersebut . . 

yang menariknya ada pertandingan karaoke , king of the rock , queen of the rock . pakaian tercntik , hadiah untuk staff , grand prize . . 


ada band-band jemputan turut hadir memeriahkan kajlis pada malam tue . . memang rancak sekali . . seperti clubbing sudah ..

jom imbas sekitar majlis tersebut . . cik ana sempat jugak snap gambar-gambar .btw cik yana pakai simple-simple saja . . janji mentup aurat :)



SEKITAR MALAM STAFF PARTY,MALAM STAFF PARTY,ANNUAL DINNER

bergambar bersama kawan-kawan . . ada yang tergah bekerja ..kesian diorang
rezeki salah sorang kawan yana yang pakai uniform warna pink dapat grand prize ... iaitu hadiah sebuah peti sejuk 



SEKITAR MALAM STAFF PARTY,MALAM STAFF PARTY,ANNUAL DINNER

sebelum majlis bermula. . snap gambar dengan kawan-kawan




SEKITAR MALAM STAFF PARTY,MALAM STAFF PARTY,ANNUAL DINNER

terlebih senyuman pulak cik yana ..boleyh jadi duta iklan colgate sudaaa...




SEKITAR MALAM STAFF PARTY,MALAM STAFF PARTY,ANNUAL DINNER

tengah-tengah bergurau dengan kawan ... member pulak snap gambar candid ..btw terima kasih kakak wawa... 




SEKITAR MALAM STAFF PARTY,MALAM STAFF PARTY,ANNUAL DINNER

kawan cik yana dari sekolah rendah until kerja tetap sekali . . vote x pakaian dia ? 




SEKITAR MALAM STAFF PARTY,MALAM STAFF PARTY,ANNUAL DINNER

senior cik yana merangkap seorang abang kat tempat kerja. . btw dya minat sesangat dengan korea. . cik yana selalu panggil dia 'afull kpop'





SEKITAR MALAM STAFF PARTY,MALAM STAFF PARTY,ANNUAL DINNER

kawan setempat kerja cik yana juga. . sedih gelak tawa bersama dia . . 


ok. . ada banyak lagi gambar . . so far setakat nieyh ja cik yana kongsi utk tatapan korang

Jumaat, 7 November 2014

SOUVINER DARI LANGKAWI. SIAPA YANG BAGI DEKAT CIK YANA ?



HADIAH DARI ENCIK KESAYANGAN,TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI,SOUVINER DARI LANGKAWI,COKLAT LANGKAWI,PERCUTIAN BAJET MURAH DI LANGKAWI


SOUVINER DARI LANGKAWI. SIAPA YANG BAGI DEKAT CIK YANA ? 
Memandangkan encik kesayangan dengan family dia baru sahaja balik bercuti
dari langkawi . .yang terkenal sebagai tempat bersejarah . .

so far . .encik kesayangan ada beli souviner dari langkawi . . 
sekali gus merupakan hadiah bufday cik yana . . wahh . .awalnya encik kesayangan cik yana nieyh kasi hadiah . . banyak pulak tue . . 
btw cik yana suka sangat2 souviner dari langkawi tue




HADIAH DARI ENCIK KESAYANGAN,TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI,SOUVINER DARI LANGKAWI,COKLAT LANGKAWI,PERCUTIAN BAJET MURAH DI LANGKAWI


salah satu hadiah pemberian encik kesayangan sempena bufday cik yana yang bakal tiba tidak lama lagi. . .tshirt langkawi . .
alhamdulillah pandai kesayangan pilih tshirt nieyh kan . . design yg menarik
warna pown menarik . .encik kesayangan macam tau-tau ja kan . . 
cik yana nieyh seorang pecinta warna biru




HADIAH DARI ENCIK KESAYANGAN,TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI,SOUVINER DARI LANGKAWI,COKLAT LANGKAWI,PERCUTIAN BAJET MURAH DI LANGKAWI

ada lagi souviner dari langkawi ..yg nieyh very cantik sekali . .
kulit siput bersama kerang . . boleyh gantung depan rumah . . 
tapi cik yna gantung dalam bilik saja . .



HADIAH DARI ENCIK KESAYANGAN,TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI,SOUVINER DARI LANGKAWI,COKLAT LANGKAWI,PERCUTIAN BAJET MURAH DI LANGKAWI

keychain pown encik kesayangan beli jugak..banyanya encik kesayangan borang agaknya , ,sampai penuh beg plastik di jari ke..
keychain dari langkawi ada 3 pattern . . cantik-cantik belaka ..


tidak lupa jugak dengan coklat . .benda wajib yang di beli setiap kali pergi langkawi . . encik kesayangan beli coklat dark almond . . sedap sesangat sebab coklatnya kurang manis,,terasa macam coklat yg original gitu...


cik yana hargai sangat-sangat hadiah pemberian dari encik kesayangan .. 
so far terima kasih sangat-sangat sayang ..



LUAHAN HATI IBU KEPADA REMAJA YANG DIBOGELKAN



LUAHAN HATI IBU KEPADA REMAJA YANG DIBOGELKAN ,REMAJA DIBOGELKAN KERANA MENCURI MOTOSIKAL

BACHOK, 6 NOV - Berikutan penyebaran gambar bogel seorang remaja yang didakwa cuba mencuri sebuah motorsikal berdekatan dengan sebuah masjid beberapa hari lepas, Ibu kepada remaja berkenaan meluahkan perasaan kecewanya dengan tindakan orang ramai yang sanggup memperlakukan anaknya sedemikian rupa.

Ibu berusia 38 tahun itu berkata meskipun anaknya yang berusia 15 tahun bersalah, orang ramai tidak mempunyai hak untuk memperlakukan anaknya seperti itu.

“Kalau mereka pukul, saya boleh terima tetapi bila dibo gel orang kampung, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga.

“Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan begitu. Biarpun kalau dia bersalah sekalipun, masih ada banyak lagi cara untuk menghukumnya,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian yang menimpa anaknya itu.

Ibu kepada remaja berkenaan turut menambah tindakan yang diambil orang ramai terhadap anaknya dalah bertentangan dengan ajaran Islam.

“Ia berlaku di masjid, sepatutnya ada yang melarang (perbuatan membo gelkan remaja itu) dan tidak menyebarkan gambarnya di laman sosial kerana berdosa membuka aib orang lain.

“Saya dapat tahu perkara ini melalui laman sosial Facebook dan bila lihat saya terus cam yang itu anak saya. Apa yang saya lebih kesal adalah tindakan orang ramai yang membo gelkan anak saya,”katanya.

Beliau juga berharap orang ramai berhenti menyebarkan gambar aib anaknya di laman sosial kerana ia perkara yang memalukan.

“Saya harap orang berhenti menyebarkan gambar dia dan sekiranya ada, mereka harus ‘delete’ gambar itu dengan segera kerana ia memalukan,” katanya.

Sementara itu Imam Masjid Pauh Lima, Ibrahim Ahmad, 69 berkata beliau dan beberapa jemaah lain terkejut dengan tindakan orang ramai yang membo gelkan remaja itu.

“Saya keluar lambat selepas selesai solat Isyak dan tak sangka remaja itu dibo gel orang kampung dan saya tak tahu siapa yang lakukan.

“Kami dah cuba untuk halang tetapi tidak berjaya kerana ramai orang yang berada ketika kejadian itu dan saya kesal dengan tindakan itu,” katanya.

Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam menegah umatnya membuka keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.

“Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata,” katanya.

Mengulas kes yang sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata orang awam yang berjaya menangkap mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah dilarang mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang.

Sebaliknya, orang awam perlu segera menyerahkan individu yang ditahan itu kepada pihak polis, katanya.

Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai insiden itu dan remaja itu kini direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Suspek kedua masih belum ditangkap dan kita masih menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Mazlan berkata insiden bo gel itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan yang boleh membawa hukuman dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya kes berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


#COPYPASTE

Rabu, 5 November 2014

SUAMIKU PALING SWEET



SUAMIKU PALING SWEET,novel suamiku paling sweet,sinopsis novel suamiku paling sweet


dah lama bebenor cik yana x review novel kan ,,sejak dua menjak nieyh ..so apa kata ikut cik yana 
review novel-novel yang terbaru dan yang sedang terhangat macam pisang goreng panas


Sinopsis:
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama,

Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS 

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan.

Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.

Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya

pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. 

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ

“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA

“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz.

Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya.

Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk

Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia

yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan.

Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

Isnin, 3 November 2014

CPUV/BE KE-32 : MAH SING AVENUE STREET






CPUV/BE KE-32 : MAH SING AVENUE STREET



rezeki awal bulan november datang lagi. . syukur alhamdulillah sedikit
 sebanyak dapat menambahkan earnings nuffnang yg semakin beratus ratus . .


cpuc ke-32 kali nieyh datangnya dari 'mah sing avenue street'
iklan nieyh merupaka iklan kali pertama yg godek-godek
dalam blog cik yana


mh sing merupakan satu syarikat pemaju yg terkemuka di negara kita 
nak tahu lebih lanjut . .korang boleyh laa baca overview tentang aveneu street nieyh ..



CPUV/BE KE-32 : MAH SING AVENUE STREET




thanks nuffnang

Sabtu, 1 November 2014

NOVEMBER SUDAH DATANG



1 november 2014 , alhamdulillah pembuka tirai baru bulan november . .bulan november 
yang ditunggu- tunggu oleh cik yana . .sebabnya banyak kenangan yg berlaku
bulan november . . dan banyak event yg ada . . antaranya bufday abg yana & bufday cik yana . .alhamdulillah Allah s.w.t. masih bagi lagi ruang dan peluang untuk terus 
bernafas di atas muka bumi yang aman damai tnp sebarang peperangan yg tdk diingini . .


so far ,nak ucapkan tahniah buat abg cik yana dgn wife dia yg selamat timang baby  girl yg cute miut mcm cik yana . . hehhe .. alhamdulillah abg dh jadi babah . .cik yana pula dpt adik
baru . 
apa² tp wife abg & baby yg comel semoga sihat² selalu cik yana doakan ..
diharapkan hubungan silaturrahim kita xkan trputus sama sekali . .

bulan november jgk bulan yg paling banyak kowt cik yana akan amek public holiday & annual leave . .memandangkan cuti masih lagi banyak .. annual leave langsung cik yana xsentuh lagi ...hnya amek public holiday ja .. so bulan nieyh laa yg cik yana dpt amek cuti . . plan jejalan sana sini dgn fmily tsayang . . abg wan . insyaAllah ....

memandangkan bufday abg 10hb ..bufday cik yana pulak 16hb so far kiteorang selalu 
sambut sekali jerr . .jimat kos dan happening sekali . .eh..eh cepat bebenor pulak cik yana
citer pasal bufday nieyh . mheheh . .btw yg nk kasi hdiah . . sedia awal² .. hehhe


salam 1 november

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...