NAMA TEMPAT-TEMPAT PELIK DI MALAYSIA





hari nieyh tertarik dengan satu iklan yang ada dalam 8share . .so far korang pown tahukan apa itu 8share ? yg sering bagi side income kat kita . . begini kisahnya tadi try godek2 iklan . . terjumpa satu iklan agak menarik juga . . so saja yana nak kongsi dengan korang-korang . . 

btw cik yana pown baru tahu yang ada jugak nama pelik untuk tempat-tempat selalu kita sering dengar , benda pelik , tapi nama bagi tempat-tempat yang pelik ada di malaysia ada yg tahu dan ada yang tak tahu . . 

nama tempat pelik nieyh ada di malaysia & benar-benar wujud . . 



batak rabit,perak





Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.Batak Rabit kini merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera dan merupakan syurga bagi Udang Galah.



kampung Dada Kering,Pahang




Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.Kampung ini pernah menjadi lombong emas, secara literal. Tetapi deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong telahpun ditutup.




Desa Temu Jodoh , Johor




Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.



Kampung Iman Lapar,Terangganu





Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.
Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.


Kampung Seronok , Pulau Pinang


Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun.D.W. Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.


Kampung Baru Jumpa,Sabah



Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.



Kampung Atas Tol , Terangganu





Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.



Mambang di Awan,Perak



Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.Ada juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan.


Kota Sarang Semut,Kedah

NAMA TEMPAT-TEMPAT PELIK DI MALAYSIA

Riwayat menceritakan bahawa terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini dengan sekumpulan lelaki dan juga gajah.Semut, yang takut busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu, menangis simpati dan didengari oleh Raja Sulaiman. Beliau kemudian memberi amaran kepada rombongannya agar tidak memusnahkan busut tersebut.


Kampung Penagis,Negeri sembilan



Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh. Ia turut dikenali dengan nama Kampung Penajeh.Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan).



Batang Melaka,Melaka



NAMA TEMPAT-TEMPAT PELIK DI MALAYSIA


Batang Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan
Batang Melaka terletak ditengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan di mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan. Pekan ini boleh dikatakan seperti sebuah pekan koboi yang masih lagi tidak banyak berubah sejak dari tahun 1960'an.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. memang banyak nama pelik2 kat Malaysia ni...

    BalasPadam
  2. Macam2 nama tempat yang pelik2 kan... Yang Batak Rabit tu dekat dgn kampung K Nrl tu... ^__^

    BalasPadam
  3. ada yg pernah dengar dan tahu.. ada yg tak.. memang pelik2 org dulu2 bg nama..

    BalasPadam
  4. salam yana..salam perkenalan..lya pertama kali singgah cne..tq sudi menyinggah teratak lya..memang pelik tapi unik kan nama2 nya..done follow cne

    BalasPadam
  5. ahak... kalo cari lagi ni.... banyak lagi ooooo...... memang pelik nama kampong.... tapi yg pelik tu le buat kg2 tu unik....

    BalasPadam
  6. Nama2 tempat yg diletak mengikut keadaan dan suasana. kampung akak Kampung Pida Dua Sekerat.

    BalasPadam
  7. BW sini sambil sebarkan kebaikan ^^
    Sapa dok Perlis dan Kedah boleh dapatkan by hand ^_^
    http://iniblogcantik.blogspot.com/2014/04/jus-kordial-sunnah.html

    BalasPadam
  8. Ada lagi nama tempat yang aneh:

    1) Kg Seluar Terbakar - Kedah
    2) Kg Tok Kau - Perak
    3) Batang Benar - NS
    4) Batang Ai - Sarawak
    5) Bundu Tuhan - Sabah

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan