Sabtu, 26 April 2014

PAUNCH CARD SAYA NUMBER 12 KAKAK OI




pepatah mengatakan 'masa itu emas ' ha memang betul lha kan ungkapan tue ,,,masa sangat berharga ,,,berdetik laju sekali , ,mcm jantung kita kan . . 

alkisahnya petang kelmarin . . biasa la...p keja . . 20 minit pkoi 5 baru kaluit nak p kja . . .ha pastu mata dok kja tengok jam saja,,takuit-takuit terlebih masanya . . cuaca pown kelam tak sangga . .hujan cikit-cikit . . 

setibanya di tempat kejaku (cewahh ayat skema badak pulak aihhh ) . .dengan helmet pown masih melekat kat kepala ..berjalan dengan slambernya ke post security nak paunch card. . . 




yana tengok kakak security buat slumber ja . . pelik . . selalunya xdan sampai post security paunch card dh tersedia kat situ.. yana say "Assalamualaikum kakak . . paunch card yana kak ,cepat kak terlebih masa sat lagi "

kak tue tanya pulak . . number berapa tah "number 12 kak" aish pelik kak nieyh ..xkn xingat number paunch card yana kowt . . jenguk-jenguk tengok mana tau kowt2 security baru . . . tengok kakak yang sama ja. . . 



dok tengok kakak tue tengah mencari-cari paunch card . . yana pown bagitau len . . "number 12 department f&b kak" .....hah jumpa pown . . 

tengah-tengah dok paunch card . . kak tue mai sergah ...makk oiii terkejut saya ..
'laa hang kaa adik ..hang xbukak helmet mana kak nak cam..mau nak keselamatan pown jgn laa pakai helmet sambil bejalan ...hahaha tergelak saya ..

bukan keselamatan kakak oii . . kalut kowt paunch card terlebih masa nanti bos besor potong gaji



KITA HANYA KAWAN .



kita hanya faham . . kamu kena faham , ,kita hanya kawan ,,dan selamanya kamu tetap kawan . .first time kita jumpa masa sama-sama pergi kursus custemor services . .masa slot 'pasangan serasi bersama kawan' ..kamu pilih saya sebagai pasangan sahabat . . kita borak sana sini . . .and then last sekali ..kamu kata kamu suka saya ....eish pelik ..sebab apa kamu boleyh pulak suka saya ? sedangkan kita baru kenal . . 



KITA HANYA KAWAN .


setiap titik rasa hati itu  perlu diperjelaskan sebab saya xnak kamu makan hati . . kamu suka saya sebagai sahabat . . ok saya boleyh terima . . tapi kalau lebih dari tue . . saya mintak maaf . . hati saya sudah berpunya ya firdaus . . masa kita sembang-sembang masa kursus tue pown ..kamu dah tanya saya kan . . hati dah berpunya ? secara jujurnya saya jawab 'ya hati saya dah berpunya' :) . .

balik ja dari kursus . . kamu mesej saya . . then sampai sekarang terus-terusan mesej saya . . saya mintak maaf . . kalau saya tak berapa nak layan sangat mesej awak tue . . bukan apa . . saya dah ada yang berpunya . . hati dia saya kena jaga jugak . . bukan apa ,,takut-takut kalau nanti saya reply semua mesej awak . . awak akan menaruh harapan kat saya . . saya xmau laa macam tue. . kalau mesej sekadar nak berkawan ..insyaAllah saya boleyh terima seadanya



just a friend oke :)


Jumaat, 25 April 2014

ENCIK SAYANG & MISS SWEETHEART




ENCIK SAYANG & MISS SWEEETHEART,SINOPSIS NOVEL ENCIK SAYANG & MISS SWEETHEART


Sinopsis :

Kata orang, kerana mulut badan binasa. Rasanya peribahasa itu memang sangat kena untuk aku, sebiji menempek di atas dahi!
“Macam inilah, encik… encik sayang. Sebelum I naik hantu kat sini…”
Kerana mulut, aku dicap sebagai miss sweetheart oleh encik sayang yang semestinya aku tak sayang langsung. Semuanya gara-gara cik gincu merah yang sangat gedik menggeletis macam ulat bulu!
“Kalau macam tu, emak ajelah cari calon untuk kakak. 

Senang cerita.”
Kerana mulut aku sendiri, emak dan ayah tiba-tiba membawa calon suami untuk aku. Atau lebih spesifik, dia orang bawa encik sayang! Dalam aku baru sahaja mahu reda dan menerima nasib jadi heroin novel kahwin paksa, kenapa pula mamat sengal itu yang jadi heronya? Sudah tidak wujudkah makhluk berkromosom XY yang lain? Kenapa mesti dia?!


“Ya, ya… Saya janji. Kalau… Kalau awak selamat, kalau kita dapat keluar dari sini, saya akan kahwin dengan awak. Just… Just be safe, please…”
Kerana mulut, ‘operasi memutuskan pertunangan’ aku tiba-tiba sahaja berubah menjadi ‘operasi persiapan perkahwinan’. Sedar-sedar sahaja, aku sudah pun duduk di atas pelamin yang pengantin lelakinya ialah tidak lain dan tidak bukan… encik sayang!


Oh, jangan fikir cerita ini berhenti takat itu saja. Kerana dalam kisah pelik ini, terselit juga si dia yang digelar ‘the most dashing, hottest eligible bachelor on earth’. Ya, aku tahu. 
Gelaran ni memang sangatlah melebih-lebih. Tapi hakikatnya, dia memang berkali-kali ganda kacak, bergaya dan kaya berbanding encik sayang. Dan yang paling seronok… encik dashing ini ialah bekas kekasih aku! Cinta pertama zaman muda remaja dulu yang rupa-rupanya masih cintakan aku setengah mati. Aduh… Haru, haru.


Itu belum lagi termasuk kes cik gincu merah yang tiba-tiba mengumumkan diri sebagai musuh ketat aku.
Lalu perjalanan hidup aku yang selama ini landai, normal dan bebas daripada anasir-anasir konflik tiba-tiba sahaja berubah menjadi roller-coaster!

Khamis, 24 April 2014

TWITTER BERWAJAH BARU




Sekian lama x buka account twitter .  x bermakna yana lupa akan twitter . . 
dulu buleyh la . . buka sana buka sini . . sekarang sudah bekerja ..nak jenguk twitter pown dah jarang-jarang sekali . . btw hanya pentingkan pesbuk dan blog sahaja ..yg memberi side income . . :) . . 


kelmarin ternampak sorang blogger updates status melalui fb . . 
mengenai twitter yg berwajah baru . . oh berubah macam mana tue . . 
so far hari nieyh baru dapat buka twitter. . . 
yeah btol kata blogger tue . . ingatkn dia sorang yg berubah . . rupa-rupanya twitter yana pown berubah jugak 



twitter berwajah baru , cara daftar twitter ,

ha tengok . . wajah twitter yang terbaru macam gambar kat atas ni . . 
twitter ala-ala pesbuk gitu kan . . . 

so far . . korang pown yang ada twitter jum follow yana https://twitter.com/LiyaNa_Rohazi



Selasa, 22 April 2014

DAH I JODOH DENGAN YOU



DAH I JODOH DENGAN YOU


Sinopsis:
Pertemuan Yana dan Ben di sebuah kedai makan telah mencipta sebuah permulaan kisah yang berbunga-bunga dalam hati mereka.

“Mata tu tak payahlah pandang tempat lain, pandang pinggan nasi aje boleh tak? Ataupun kalau teringin sangat nak pandang orang, you pandang I aje… sebab I pun orang.” –Ben

Di situ bermulanya hubungan teman tapi mesra mereka. Semuanya mereka lakukan bersama, hampir seminggu tujuh hari.

“Kenapa you letak nama I Ben 10?”
“Ben 10 tu adi wira tau.”
“Do I look like a cartoon to you?”
“Taklah… You’re an angel to me…”

Peristiwa kuah kari yang tertumpah pada pagi hari telah menemukan Yana dengan Ikmal, si klon Nazim Othman yang ternyata sungguh-sungguh ada hati dengannya. Tak jemu-jemu Ikmal mencuba nasib, meski dalam masa yang sama, Ben sudah menyerahkan sebentuk cincin belah rotan platinum kepada Yana, tanda permulaan kepada sebuah cinta. Cuma halangannya kini, mereka tidak seiman, tidak seagama.

Kepergian Ben ke Australia secara terburu-buru dan tanpa khabar berita telah meninggalkan Yana dengan tanda tanya. Yana setia utuh memegang janji Ben. Telah banyak e-mel yang dikirimkan buat Ben namun balasannya hanya hampa. Situasi itu membuka peluang kepada Ikmal untuk mencuba nasib.

“Apa hobi awak?” – Ikmal
“Saya selalu keluar dengan Ben, sekarang ni saya rindu sangat kat Ben... Ermmm...
Hobi terbaharu saya adalah keluar dengan Ben...” – Yana

Sebuah kejadian tak diduga berlaku. Sebuah peminangan yang diterima oleh keluarganya di kampung membuatkan Yana jadi umpama jasad tak bernyawa. Lebih mengharukan, peminangan itu daripada Ikmal!
Rasa bersalah Yana menggunung buat Ben yang masih diam tanpa khabar berita. Namun, pertemuannya semula dengan Ben menyelesaikan semua teka-teki yang ada. Ben sudah berkahwin dengan perempuan yang segamanya dengannya!

“Cantik cincin tunang!” - Ben
“Thanks! Wedding ring you pun cantik!” - Yana

Apa yang akan jadi saat cinta pertama yang didamba kini milik orang? Orang kata, kalau dah jodoh, lari ke mana pun, tetap akan bersatu jua. Kalau bukan jodoh, dekat macam mana pun akan terpisah jua.


Rabu, 16 April 2014

CPUV / BE NUFFNANG KE-22 : UNITEN AWARENESS



syukur alhamdulillah . . nuffnang bagi cpuv/be yang ke-22 untuk blog yana  . . 
alhamdulillah . . . . .

CPUV / BE NUFFNANG KE-22 : UNITEN AWARENESS


buat masa sekarang masih ada 4 iklan cpuv yang masih bergerak dan dalam keadaan 'on going' . . so godek2 la iklan tersebut kalau jumpa yer . . so far untuk bulan april sahaja nuffnang bagi 2 iklan yg masih lagi bergerak . . .

iklan uniten awareness earnings dya masih lagi zero ,,biasa laa iklan baru bermula hari nieyh. . mudah-mudahan kehadiran iklan nieyh merancakkan lgi earnings nuffnang . . huhh..asa macam xsabar nak cashout nuffnang . . dah lama peram . . 


so ..korang ada dapat cpuv yang terbaru . . sharing-sharing kat cni oke. . 
tinggalkan komen korang semua . . 




Sabtu, 12 April 2014

SUAMIKU MR.BOSS




SUAMIKU MR.BOSS,SINOPSIS NOVEL SUAMIKU MR.BOSS



Sinopsis :

NAIM HAZIQ, seorang lelaki kota yang berasal daripada keluarga berada telah jatuh cinta pandang pertama dengan SAFIA HANA, seorang gadis desa yang hidup sederhana. Naim memerlukan Safia hidup di sisinya kerana gadis itu penuh dengan jiwa penyayang. Manakala Safia yang masih muda dan naif memerlukan seorang lelaki yang boleh membimbingnya menjadi seorang wanita dewasa yang matang.

Sebelum kahwin, Safia rasa dia tepat memilih Naim. Lelaki itu sempurna di matanya. Walau apa juga rintangan, dia terima asalkan dapat hidup bahagia dengan Naim. Hakikatnya dia tidak tahu Naim sebenarnya seorang lelaki kaki buli dan sudah mengatur rancangan untuk mengawal hidupnya. Maka hidup Safia jadi kacau-bilau kerana sikap Naim yang kuat cemburu, panas baran dan suka mengongkong.

“Semua perkara yang Safia nak buat kena beritahu abang dulu. Kalau tak ada hal penting duduk kat rumah aje, tak payahlah nak merayap pergi mana-mana. Kalau nak pergi ke mana-mana juga kena ditemani bodyguard. Tak boleh balik malam. Aktiviti berbahaya macam panjat gunung, jungle tracking, scuba diving, payung terjun dan segala aktiviti berlumba jangan haraplah abang akan izinkan.” Naim membebel panjang. 

Meluap hati Safia mendengarnya. “Teruklah abang ni. Perangai macam budak-budak. Kalau abang banyak kerenah lagi, Safia ternak lipas baru abang tahu.” 
Serta-merta bulu roma Naim meremang apabila mendengar ugutan itu. Dalam diam, dia menelan air liur. Sejak kecil lagi dia memang takutkan lipas!

“Good night, sweetheart. I love you,” bisik Naim. 

Eh, eh... Tadi garang, sekarang jadi romantik pulak? Tak payahlah nak cover macho. Tak handsome pun!

“Good night, Mister Boss. I hate you.” Safia membalas geram.

Naim tersenyum mendengarnya. Dia tak kisah apa juga tanggapan Safia terhadapnya. Biar Safia rasa terkongkong hidup dengannya asalkan hatinya berasa tenang dan bahagia.




Jumaat, 11 April 2014

SAHABAT MENJADI PENGKHIANAT


SAHABAT MENJADI PENGKHIANAT

sahabat jadi pengkhianat . . korang pown pernah dengar kan ..apa yang nak dibuat kawan baik yang kita ada tikam belakang kita sendiri tanpa disedari . .sanggup jadi pengkhianat ..

depan kita segala-galanya baik,manis...tapi dibelakang kita dialah gunting dalam lipatan . . semua rahsia & amanah yg kita share dengan dia habis dijaja kt orang lain.. orang kalau dalam hatinya berasa iri hati macam nieyh laa berlaku,,sanggup tikam belakang kawan sendiri . . at least kalau rasa tidak puas hati macam mana pown kat seseorang jangan lah sampai memburukkan kawan-kawan lain. . jangan tuduh kawan-kawan dengan perkara-perkara yang dia tidak buat. . 


SAHABAT MENJADI PENGKHIANAT

tergamakkan buat kat kawan-kawan macam tue . . sebelum buat fikir lah panjang . . fikir biar matang cikit...kawan mana yang x geram ,,yang tak marah bila dapat tahu berita yang kurang menyenangkan bagi dirinya..tambah-tambah lagi bila berita tue sama sekali tidak betul ..alahai ..sedih bila difikirkan balik..

tipu saja kalau rasa tidak marah . . minta maaf semua orang buleyh buat. . memaafkan boleyh tapi kalau nak lupakan perangai someone yg buat pada kawan-kawan amat tidak buleyh sama sekali ..serik beb . .  ..memaafkan tetapi sukar melupakn . . itu pepatah  yang sesuai untuk sahabat yang bergelar kawan tikam belakang..

sukar nak lupakan apa yg dia buat ..bukan bermaksud berdendam . . jauh sekali . . tapi nak ambil langkah berhati-hati..takut pisang berbuah dua kali . . sekali terkena sudah cukup sebagai pengajaran..peringatan supaya x berlaku lagi..so far berwaspadalah  bila kita bercakap.. kerana kita tidak sedar ada org lain yang akan buka aib kita


Jumaat, 4 April 2014

CPUV/BE NUFFNANG KE-21:2014 OHM COLGATE




Salam jumaat . .bersamaan 4 april 2014 . . cantik jugak  tarikh hari nieyh kan . .pejam celik pejam celik rasa macam sekejap ja dah masuk bulan april kan. . .cepat masa berlalu . . 

alhamdulillah tanggal 4 april 2014 . . melekat jugak ya cpuv/be nuffnang yang terbaru . . wah awal-awal bulan dah kasi cpuv. . nieyh membuatkan semangat yg high class gitu bila nak update blog kan,,kan ..


CPUV/BE NUFFNANG KE-21:2014 OHM COLGATE, BE NUFFNANG, cara mendapatkan earnings cpuv nuffnang, Gambar: alhamdulillah..rezeki lagi thanks #nuffnang kasi cpuy/be yang ke-21 utk blog yana :)http://cyanxkamo.blogspot.com


cpuv/be yang nuffnang kasi . . ialah iklan '2014 OHM Colgate . . 
iklan nieyh merupakan iklan yg ke-21 untuk blog yana . . alhamdulillah thanks to nuffnang sudi kasi iklan kt blog yana . . .btw iklan colgate nieyh . . 
baru start hari nieyh dia menari-nari . . so earnings dya masih lgi zero . . 




p/s: ada empat iklan masih lagi menari-nari kat blog yana . . jangan lupa klik2 dia cikit :) 


thanks sudi mmbaca

Rabu, 2 April 2014

NAMA TEMPAT-TEMPAT PELIK DI MALAYSIA





hari nieyh tertarik dengan satu iklan yang ada dalam 8share . .so far korang pown tahukan apa itu 8share ? yg sering bagi side income kat kita . . begini kisahnya tadi try godek2 iklan . . terjumpa satu iklan agak menarik juga . . so saja yana nak kongsi dengan korang-korang . . 

btw cik yana pown baru tahu yang ada jugak nama pelik untuk tempat-tempat selalu kita sering dengar , benda pelik , tapi nama bagi tempat-tempat yang pelik ada di malaysia ada yg tahu dan ada yang tak tahu . . 

nama tempat pelik nieyh ada di malaysia & benar-benar wujud . . 



batak rabit,perak





Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.Batak Rabit kini merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera dan merupakan syurga bagi Udang Galah.



kampung Dada Kering,Pahang




Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.Kampung ini pernah menjadi lombong emas, secara literal. Tetapi deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong telahpun ditutup.




Desa Temu Jodoh , Johor




Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.



Kampung Iman Lapar,Terangganu





Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.
Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.


Kampung Seronok , Pulau Pinang


Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun.D.W. Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.


Kampung Baru Jumpa,Sabah



Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.



Kampung Atas Tol , Terangganu





Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.



Mambang di Awan,Perak



Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.Ada juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan.


Kota Sarang Semut,Kedah

NAMA TEMPAT-TEMPAT PELIK DI MALAYSIA

Riwayat menceritakan bahawa terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini dengan sekumpulan lelaki dan juga gajah.Semut, yang takut busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu, menangis simpati dan didengari oleh Raja Sulaiman. Beliau kemudian memberi amaran kepada rombongannya agar tidak memusnahkan busut tersebut.


Kampung Penagis,Negeri sembilan



Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh. Ia turut dikenali dengan nama Kampung Penajeh.Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan).



Batang Melaka,Melaka



NAMA TEMPAT-TEMPAT PELIK DI MALAYSIA


Batang Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan
Batang Melaka terletak ditengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan di mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan. Pekan ini boleh dikatakan seperti sebuah pekan koboi yang masih lagi tidak banyak berubah sejak dari tahun 1960'an.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...