Isnin, 3 Mac 2014

My Dear Mr Dimple






Sinopsis :

UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.

“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara

2 ulasan:

  1. setiap bulan ada saje novel. mesti kak yana ni mampu habiskan dalam sehari. :D

    BalasPadam
  2. @syuk shusuke xda laa dik ..sesaje update sinopsis novel niey

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !