Selasa, 11 Februari 2014

JADI MILIKKU





JADI MILIKU,SINOPSIS JADI MILIKU, NOVEL FEBRUARI 2014,



SINOPSIS


Dhiya Zafira, gadis ceria yang pernah punyai kisah silam yang pahit, telah terjatuh hati pada kawan baik sendiri, Faris. Hadirnya Aireen di antara mereka mengundang duka di setiap harinya. Semakin dia menafikan perasaannya sendiri, semakin dia terluka. Dhiya akhirnya akur saat Faris meninggalkan dia tanpa sebarang kata apabila dia meluahkan perasaannya sewaktu lelaki itu mahu ke luar negara, menyambung pengajiannya bersama Aireen.

Hadirnya Mika di dalam hidup Dhiya bukanlah satu kebetulan. Mareka sering dipertemu¬kan di dalam takdir yang ditulis oleh Allah S.W.T mestipun hubungan mereka tidak pernah lekang dari pertengkaran. Tanpa mereka sedar, sebuah ikatan persahabatan terjalin di an¬tara mereka. Mika, yang sering dilabelkan beku dan sinis, adakalanya manis jua. Entah bila, nama Mika mulai meniti di bibirnya dan sering diseru di dalam hati.

Saat hatinya mulai melupakan Faris, berita kematian Aireen mengejutkan Dhiya. Perasaan bersalah bersarang di dalam hati. Kesal bertamu tiba-tiba, apatah lagi di saat bonda Faris dan mama Aireen melamarnya untuk Faris. Dhiya bingung! Bonda Faris mengharapkan dia menyatakan ya namun hatinya menghalang. Kesian pada Faris naun di hati sudah tiada sayang. Siapa bakal menjadi pilihan hati Dhiya ? Faris atau Mika? Sungguh, Dhiya keliru!

“ Ketuk-ketuk pintu hati, tanpa siapa yang menghuni?
Ketuk-ketuk lagi, senyap sunyi tiada jawapan.
Ketuk sekali lagi, ada deheman dari dalam hati.
Ketuk lebih kuat bersama salam, hati tiba-tiba menjawab,
‘Penghuni hati adalah dia

3 ulasan:

  1. suke ni

    Ketuk-ketuk pintu hati, tanpa siapa yang menghuni?
    Ketuk-ketuk lagi, senyap sunyi tiada jawapan.
    Ketuk sekali lagi, ada deheman dari dalam hati.
    Ketuk lebih kuat bersama salam, hati tiba-tiba menjawab,
    ‘Penghuni hati adalah dia

    hehehe

    BalasPadam
  2. ketuk ketuk pintu hati..
    saya lah hati itu...hehehe

    BalasPadam
  3. best novel ni. rasa nak baca lak . hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !