Ahad, 16 Februari 2014

DIA IMAMKU




DIA IMAMKU,SINOPSIS NOVEL DIA IMAMKU, NOVEL FEBRUARI 2014,



Sinopsis:-


Bila mama Insyirah mengusulkan untuk
perkahwinannya dengan Naufal, dia bersetuju tanpa raguragu
kerana gambaran Naufal sama seperti gambaran lelaki
misteri dalam mimpi-mimpinya. Tetapi, saat dia mula
mengenali lelaki itu, hatinya dibalut sebal dan geram. Lelaki
itu tak seperti yang dia gambarkan. Naufal seorang yang sinis,
dingin, beku dan lain-lain lagi.


Tetapi sesudah mereka diijabkabulkan, Naufal
bukanlah dingin mana. Si kelat-kelat masam ni pun lelaki
biasa. Bisa bertukar menjadi si manis-manis gula yang buat
Insyirah terkena kencing manis setiap masa.


Saat bahagia meraja jiwa, mereka harus terpisah
dek cita-cita sang suami. Ketika itu, hadirnya ‘si dendeng’
yang mengocak hubungan bahagia itu. Mampukah mereka
bertahan dengan hanya kasih sayang mereka? Atau, ikatan
suci yang dicipta kerana keluarga bakal terlerai begitu saja?


“Abang janji pada Insyirah, cinta abang hanya untuk
Insyirah sorang dan hanya abang yang akan jadi imam
Insyirah. Tiada lain, insya-Allah.” - Naufal.
“Dia memang sudah ditakdirkan untuk menjadi
imamku sedari awal, cuma aku tidak menyedarinya.” -
Insyirah.”





6 ulasan:

  1. salam. indah titipan kata, setiap alur bahasa membuat hati turut melangkah bersama isi2 cerita

    BalasPadam
  2. menarik sinopsis novel ni yana... sorry akak lama tak singgah... ada singgah tapi tak dapat nak komen sebab settings pc kat office block FB... so bila FB widget timbul, tutup kotak komen tu akak tak dapat nak komen...

    BalasPadam
  3. mengharapkan muncul di tv :D

    BalasPadam
  4. @Farah Waheda Wahid oh xpa kak fara,,trima kasih jenguk2 blog adik

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !