BETUL! SUAMI AKU PELAKON









Sinopsis:-

Perkataan ‘sesat’ telah menemukan Irfan Danish, seorang pelakon yang sombong dengan Aliya Marissa, seorang gadis yang cantik rupa parasnya namun garangnya,
mengalahkan singa. Insiden pada malam itu telah menyebabkan mereka bertengkar hebat.

“Kau, kan semalam?” Irfan membulatkan matanya.

“Haah! Aku. Apesal? Kau ingat kau sorang aje pandai buat mata bulat? Aku pun bolehlah!” Aliya bercekak pinggang sambil membesarkan matanya.

Akibat gosip yang melanda Irfan Danish, Datuk Arman memaksanya berkahwin namun Irfan enggan. Oleh sebab itu, Datin Dahlia telah menggunakan kelebihan Irfan sebagai pelakon untuk memaksa Irfan agar dia berumah tangga.

Tanpa pengetahuan Irfan, gadis pilihan Datuk Arman adalah anak kepada sahabatnya Haji Mahfuz, Aliya Marissa!

Aliya tidak mahu sesiapa pun tahu yang dia sudah berkahwin dan yang paling penting, siapa suaminya! Kecoh satu universiti nanti. Apatah lagi rakan-rakannya begitu meminati Irfan.

Banyak perkara yang terjadi setelah mereka berkahwin. Bertengkar, usik mengusik. Masing-masing cuba menyembunyikan rasa cinta yang sudah menjentik hati
mereka.

“Pelakon tak famous, ‘mulut longkang’… muka ‘jambu batu’, ‘jambu air’… penakut pulak tu!”

“Siapa pelakon tak famous? Mulut longkang? Muka jambu batu, jambu air? Penakut? Awak maksudkan diri awak tu ke?”

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. ai ? drama tajuk menarik hati lagi. hehe

    BalasPadam
  2. Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

    BalasPadam
  3. NAMPAK MENARIKLAH,NNT KAK BUI CARI NOVEL NI

    BalasPadam
  4. nak beli! sbb snopsis mmg dh best lum lg baca..hee

    BalasPadam
  5. nak beli!!! bestlah cite ni

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan