Isnin, 25 November 2013

APA HUKUM SUAMI TIDAK BERI NAFKAH ZAHIR KEPADA ISTERI ?




Apa hukum suami tidak beri nafkah zahir pada isteri ? 


Suami wajib memberi NAFKAH ZAHIR pada isteri dalam 3 perkara iaitu makan-minum, pakaian, dan tempat tinggal.

Termasuk juga dalam nafkah adalah barang-barang keperluan lain seperti alat berhias & bersuci, dan ubat-ubatan.

Nafkah makan-minum yang wajib adalah 2 KALI SEHARI sehingga kenyang dan yang selebihnya adalah sunat sahaja. Tapi jika isteri jenis makan banyak, misalnya sekali makan satu periuk nasi, maka wajib suami beri makan dua periuk sehari !! Suami jangan berkira

sangat sebab siapa suruh kamu kahwin dengan orang kuat makan. Kikikiki...

Nafkah pakaian yang wajib diberi pada isteri adalah 2 pasang setahun "complete set" dan selebihnya adalah sunat. Dua pasang itu termasuk baju, kain, tudung, stoking, kasut, dan pakaian dalam. Yang lain-lain adalah sunat dan suami jangan berkira dalam soal ini sebab dia bukan orang lain, dia isteri yang banyak berjasa

Nafkah tempat tinggal pula adalah rumah yang berpatutan dan bersesuaian dengan keadaan isteri, tak kira samada banglo, flet, rumah atas pokok, khemah, asalkan sesuai dan selamat untuk isteri.

Nafkah-nafkah tersebut adalah HAK ISTERI. Jadi, jika isteri kata "abang tak payah beri nafkah" maka tidak berdosalah suami. Tetapi jika isteri perlu pada nafkah dan suami mengabaikannya, maka haram dan berdosa besarlah suami dan itu juga mengakibatkan solat dan segala amalannya yang lain tidak diterima.

Ingat .... jika isteri derhaka pada suami, segala amalan isteri ditolak; jika suami abaikan tanggungjawabnya pada isteri, segala amalan suami ditolak.

27 ulasan:

  1. Si suami jangan lupa tunaikan tanggungjawab tu..dan si isteri pula...jangan lupa jaga peribadi...:)


    cik akak klik nuffnang

    BalasPadam
  2. walaupun isteri berkeja dan ada wang sendiiri..yang wajib tetap wajib..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tpi ppuan xwajib pn kje, jdi kalo suami xbgi kje. jgn la byak alasan plak

      Padam
    2. kalau suami mampu bagi duit rm500 tiap bulan aku goyang kaki kat rumah pon takpe. ini suruh duduk rumah tapi sesen pon tak bagi. kau fikir isteri ni orang gaji tak berbayar ke apa. hahahahaha. nasib baik aku menjahit. kat uma je. duit jahit aku pakai beli sukahati. sekarang nii laki bini kena cari duit tau. bukan laki jee cari duit. lain la kau kawen dengan anak tan sri ke. ingat semua perempuan nak ke kerja di luar. penat taukkkkkk. hahaha

      Padam
    3. Suami tolong bg nafkah kt isteri wlpun isteri nye bekrja.. wlapun susah cari kerja. Usaha lah cari kerja halal
      .

      Padam
  3. jarang jumpa bila isteri nak cakap "abang tak payah beri nafkah"

    amal singgah sini..

    BalasPadam
  4. salam yana terima kasih atas info nie :)

    BalasPadam
  5. saya ada soalan..saya tgal dgn ibu bapa saya selepas khawin sudah 6thn usia perkhawinan kami...awal perkhawinan suami saya bli brg dapur dn keperluan lain...tp dlm 3 thun ini suami saya x penah beri saya wang..nk bli brg pun mintak dri suami..klu x mintak x bg...kadang2 tu mintak pun x dpt...segala keperluan daput skarang ibu bapa saya yg beli...bil elektrik,air lg perlu d byar...saya x berkerja..selama saya duduk dgn ibu bapa saya rasa sngat serba salah...bila nak bercakap gan suami x penah ambik pusing...dia selalu buat hal sendiri...apa saya perlu laku kan

    BalasPadam
  6. @1986azlan
    SETUJU. Banyak isteri terlepas (atau sengaja lepas) pandang perkara ni.

    BalasPadam
  7. Sy nk tanya bape lama dosa si suami klu x bagi nafkah?

    BalasPadam
  8. klau dibiarkan suami akan naik lemak... saya sudah bkahwin hampir 20 tahun... 1 tahun bkahwin ok la dberi nafkah ... slepas saya bkerja dgn pdapatan yg lebih sedikit... dia dah mula tunjuk belang... culas nak beri brg dapur...susu anak dan sbgainya... dan akhirnya nak bkerje pun dah jd malas... dah hampir 15 tahun saya menyara keluarga... suami sihat walafiat... tapi kerja tak pernah krkal, ada saja masalah dengan majikan... bila di tegur jadi perbalahan pula... anak2 dah remaja... ada tya kanapa papa mereka tidak bkerja... saya dah buntu skrg... dgn pendapatan yg x seberapa...mkn minum semua kena tanggung.... hanya alllah taala sahaja yg tahu btrapa tseksa nya saya bsuamikan suami begini... o

    BalasPadam
  9. Sedih plak bila sy baca entri ni..
    sy bru je kahwin tapi suami tersangatlah kedekut mahu beri nafkah zahir kpd sy..
    bila sy mintak je duit, dia ckp sy selalu je mintak duit dia.. padahal boleh bilang dgn jari berapa je dia bagi duit belanja.. tu pun dgn nilai yg terlampau sedikit..
    Duit gaji sy plak habis dikerjakannya...
    bila sy x bg dia ckp sy derhaka...
    ya Allah bukakanlah pintu hati suamiku...

    BalasPadam
  10. Sedih plak bila sy baca entri ni..
    sy bru je kahwin tapi suami tersangatlah kedekut mahu beri nafkah zahir kpd sy..
    bila sy mintak je duit, dia ckp sy selalu je mintak duit dia.. padahal boleh bilang dgn jari berapa je dia bagi duit belanja.. tu pun dgn nilai yg terlampau sedikit..
    Duit gaji sy plak habis dikerjakannya...
    bila sy x bg dia ckp sy derhaka...
    ya Allah bukakanlah pintu hati suamiku...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang sama. tapi ada beza sikit. barang dapur tempat tinggal dia bagi. tapi duit belanja tiap bulan dia tak pernah bagi. mgkin sekarang dia dalam kesusahan. nasib baik sy menjahit. ade jugak simpanan sy untuk beli apa apa. hm buntu oi. ni baru kahwin 8bulan.

      Padam
  11. Kalau nafkah suami bagi untuk bayar duit rumah yg belum siap atas nama si isteri mcmna plk?? Sedngkan isteri duk bayr rumah sewa yg diduduki Sekrg.

    BalasPadam
  12. ingat kan saya sorang je, suami sy ni malas kerja. harap duit saya je. sudah lah sy pun xkerja.. sy ni dpt duit dri mana2 semua kena share dgn dia nak beli baju, seluar pun xboleh. duit dia beli benda lain utk dia shj. bila brcakap dia shja betul, sy seorang yg salah. sikit2 dia ckp kena share. share kepala hotak kalau duit sy kena asyik lebih. duit dia xde pun nk bg kt sy beli barang keperluan.. nak makan pun pakai duit sy jgk. mati la sy mcm ni. anak nak masuk sorang.. ataupun bercerai lbih bagus, kalau dibiarkan mcm ni asyik sy je kena hentam. duit sy kalau tidak belambak. ni asyik kena tgung makan minum dia je.

    BalasPadam
  13. Sy bekerja kerajaan Dan suami kerja pemandu Lori sahaja..mmg pendapatan sy lebih Dari suami.tp lama kelamaan suami sy naik lemak..semua perbelanjaan sy tanggung..Dia hya bye bill api n air sahaja..bila Dia kerja kluar kwsn Dia hya bg rm20 seminggu shj.itupun duit belanja skolah anak
    Bila sy pertikai Dia ckp sy bekerja blh bantu tanggung sume tu..rumah pun sy yg beli n ansuran bulanan sy yg byr..skrg ni sy terbeban Sgt cz suami x nk usaha cari rezeki lebih..sy terpaksa ikat perut nk tanggung Sume beban rumah.tu x kira upah mengasuh anak n tuisyen anak lagi..sy dh x tau nk buat ape skrg ni..mula2 mmg sy ikhlas..tp skrg dh mcm x ikhlas plak cz dia ambk kesempatan

    BalasPadam
  14. Salam....gigih sguh puan 15tahun boleh bertahan dgn laki puan ye. Semoga Allah membalas setimpal dgn apa yg puan korbankan. Amin. Sy plak sadis jgk...laki sy keje...sy xkeje. Ank dua orang. Tp susu pampers mkn baju keprluan ank n sy sdri...mmg sy kene cr sdri. Sedihh...jrg sgtla kalu nk bg.mmg bgaduh klu bncg bab ni. Air mata xyah cita la. Da byk yg membazir keluar. Biaya brg2 bb, kos bsalin, berurut n smpaila ank yg sulong da nk masuk 3y n kedua bru masuk 1tahun...mmg sy yg tanggung...sedihhh...tu blom kes solat lg...kawen dah msuk 4tahun...2, 3x je sy pnh tgk diamsolat....rasa nak move on. Takut sgt jd tauladan xelok tuk ank2. Sbb ade ke xde dia...xde bza. Mmg semuanya sy jgk...hummm

    BalasPadam
  15. Janganlah diceritakan keburukan suami dikhalayak umum walaupun sejahat mana suami anda. Nanti perkara ini menjadi penyebab isteri isteri tidak dpt masuk kesyurga kelak. Sebaliknya jadikan semua kebaikan yg anda buat terhadap suami sebagai tiket untuk kesyurga. Tidak ramai istri yg boleh lakukan perkara ini.

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Suami sy keeja tapi tak pernah bagi nafkah sara hidup. Malah 100% belanha rumahtangga, sekolah, susu, pampers, yuran, pakaian semualah sy yg tanggung termasuk bil2 dan mkn minum, bli rumah, kereta semua atas saya. Gaji suami ntah xpenah nmpak. Malah duit minyak motor n mkn minum dia g keje pun sy yg tanggung. Solat pun jarang, quran pun tak sentuh. Baru dot tau ayat kursi pun tak reti baca. Dh 7 thn kahwin xpenah solat jemaah brsama pe lgi nk jadi imam. Betul2 sy tak redha setiap sen yg keluar utk dia

    BalasPadam
  18. Suami sy keeja tapi tak pernah bagi nafkah sara hidup. Malah 100% belanha rumahtangga, sekolah, susu, pampers, yuran, pakaian semualah sy yg tanggung termasuk bil2 dan mkn minum, bli rumah, kereta semua atas saya. Gaji suami ntah xpenah nmpak. Malah duit minyak motor n mkn minum dia g keje pun sy yg tanggung. Solat pun jarang, quran pun tak sentuh. Baru dot tau ayat kursi pun tak reti baca. Dh 7 thn kahwin xpenah solat jemaah brsama pe lgi nk jadi imam. Betul2 sy tak redha setiap sen yg keluar utk dia

    BalasPadam
  19. Macamana nak tegur suami yang macam tu kalau nak cerita sikit perihal yang salah pun tak boleh.macam mana nk betulkan yang salah kalau tak tau apa kesalahan tu.

    BalasPadam
  20. Ramai rupanya isteri2 yang senasib, sebelum kahwin patut banyak2kan istikaroh. Saya tak kahwin lagi sebab semua lelaki yang saya jumpa, semua jenis ni..saya pun tak nakm kawin semata2 nak status puan. Dan saya dah jumpa ramai isteri2 yang makan hati dengan suami tetapi masih bersabarsebab anak2. Suami malas ni bukan sikit...dah ramai, tambah2 lelaki melayu.mereka cuma tidak abaikan nafkah batin. Kalau tak jumpa juga lelaki yang boleh menanggung dan melindungi saya seperti yang Tuhan sebut dal kitab. Saya tak akan berkahwin. Sungguh kahwin ni risiko besar di dunia malah di akhirat kelak ekrana di sana golongan isterilah yang banyak di neraka. Walahuallam.

    BalasPadam
  21. Betol ckp awak tu mmg kne istilharah byk2 tapi kdg2 Allah duga seseorang tu mcm2. Mcm saya kne mandrem dgn somi sendiri sbb saya xlayan dia masa dia ngorat. Saya sedar lepas kawen. Tp nk buat mcmne. Dah takdir. Saya berubat dan maafkan dia. Memang dia xbertanggungjawab sgt. Semua saya tanggung...ada yg ditanggung pon sikit tp klu dia xde duit..dia mintak tlg saya cover..hurmmm...Isteri2 diluar sana, saya ada solution utk keluar dari masalah duit nih. Saya dah buat dan bkesan. Saya buat saya xbgtaw suami berapa yg sy dpt. Cuma yg biasa2 sahaja sbb sy dpt income 2 minggu sekali. Saya dapat selesaikan bayaran amanah ikhtiar saya, bayar duit kutu dan hutang2 lain yg sepatutnya suami saya bayar. Apabila dia gaji saya hanya akan mintak rm200 je sbg syarat dia bayar hutang dia pd saya. Saya buat bisnes ni yang pastinya bukan skim cepat kaya, bukan salesman produk..bukan juga MLM...bersyukur pd Allah sbb kurniakan saya sahabat yg kesian pd saya yg mengadu masalah kewangan saban waktu. Saya betol2 suka bisnes ni sebab senang sampai suami pon xleh hidu apa saya buat..jadi puan2 yg bermasalah sila jgn segan mesej saya 0177876064...saya ikhlas Bantu puan dan keluarga..jgn biarkan kesedihan selubung hidup kita. Kita hidup sekali je. Xkan kita memilih sedih utk teruskan hidup. Klu dia xmmpu berubah, biar saya yg berubah. Saya mahu bebas dari belenggu hutang saya n suami dan bila saya dah berjaya, saya tahu apa kerja yg sesuai utk dia...bila da kawen mmg susahlah nk fikir cerai sbb wlupon itu harus dlm Islam tp ianya mengundang murka Allah...sejak dlm bisnes ni, sy berjaya Bantu wanita senasib saya dan sperti puan2 utk bangkit menentang kemiskinan dek kerana somi yg xbertanggungjawab. Jgn lupa pm saya 0177876064 ye. Saya sedia membantu.

    BalasPadam
  22. suami zaman sekarang memang banyak tau pasal nafkah tu tapi masih tetap ada yang kedekut bagi duit untuk isteri nak belanja diri mereka sendiri. bagi suami baik duit tu dia beli sportrim baru pon ada baik juga, isteri keja mesti ada duit dah.

    BalasPadam
  23. Saya yakin ini semua kerja syaitan yg nk pecahbelahkan umat Muhammad S.a.w. Baguslah Lyana buat blog ni...adelah tempat nk meluah rasa...saya byk Kali pk nk pisah tp rs kesian...kaum Laki yg baca ulasan2 ni xrasa terhina ke? Xrasa ke maruah hangpa dipijak2...klu sy stakat hangpa ada anu nk tunjuk hebat tp tang nafkah xbetul baik kasi potong jelaaaaa!!! Bahagia batin tu xkekal klu yg lain xberkat

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !