Isnin, 5 Ogos 2013

BISKUT TART BLUEBERRY




biskut tart blueberry,biskut tart nenas,resepi bisukut tart blueberry,biskut raya



BAHAN-BAHAN
  • 180 gm mentega
  • 50 gm minyak sapi
  • 80 gm gula aising
  • 250 gm tepung jagung
  • 50gm susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • jem/inti blueberry secukupnya
  • sedikit perwarna purple
  • Tepung gandum secukupnya



CARA MENYEDIAKAN :

  1. 1. Pukul minyak sapi , mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim.

  2. 2. Kemudian,masukkan kuning telur dan pukul lagi.

  3. 3. Masukkan pula perwarna purple dan pukul lagi sehingga sebati.

  4. 4. Masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang lembut.

  5. 5.Masukkan doh ke dalam acuan tart picitkan menjadi doh yang memanjang..

  6. 6.Letakkan jem/inti blueberry dan gulungkan doh..

  7. 7.Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius lebih kurang 20 minit.

  8. 8.Siap untuk dihidang.



9 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...