Ahad, 21 Julai 2013

PAI PISANG




resepi, resepi berbuka puasa, resepi crepe, resepi pai tee, resepi pai . resepi pai pisang







BAHAN KULIT PAI:
(   dipukul sekejap)

  • 10 keping pastri fillo
  • 100ml mentega cair
  • 1 biji kuning telur                    


BAHAN INTI:
( dipanaskan)

  • 10 biji pisang emas
  • 100gm tepung kastard segera
  • 100gm gula perang halus
  • 200ml susu segar                                     
  • Air secukupnya
     


BAHAN TOPPING MERINGUE :
(diparut)


  • 2 biji putih telur
  • 2 sudu makan gula aising
  • 1 biji lemon                                        


CARA MEMASAK:


  1. Untuk membuat kulit pai, sapukan mentega cair pada setiap kepingan pastri dan aturkan ia menjadi lima lapisan.
  2. Kemudian potong atau terapkan mengikut bentuk kesukaan anda.
  3. Seterusnya letakkan lapisan yang telah dipotong tadi ke dalam acuan mufin dan bentuk ia seperti mangkuk kecil.
  4. Sapukan sedikit kuning telur di atasnya dan bakar sehingga berwarna keperangan. Ketepikan.
  5. Untuk inti pula, pisang emas disalut dengan gula perang sehingga sebati.
  6. Kemudian panggang di atas kuali leper sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  7. Seterusnya ambil lebihan gula di dalam kuali leper tadi dan dimasukkan ke dalam periuk kecil. Tambahkan air secukupnya dan didihkan sehingga menjadi sos karamel.
  8. Sementara itu, tepung kastard segera dicampurkan dengan susu panas dan diputar sehingga menjadi halus dan gebu.
  9. Untuk membuat topping meringue pula, pukul kesemua bahan sehingga menjadi gebu dan halus.
  10. Selepas itu masukkan inti kastard tadi ke dalam pastri fillo yang telah dibakar. Masukkan pula pisang berserta sos karamel ke dalamnya.
  11. Akhir sekali, paipkan meringue di atas pai dan bakar semula sehingga meringue menjadi keperangan.
  12. Sedia untuk dihidangkan.

8 ulasan:

  1. Wahh resepi lagi . Sedapnye :D

    BalasPadam
  2. rajinnya adik buat resepi....
    mesti sedap nie :)

    BalasPadam
  3. rajinnya adik buat resepi....
    mesti sedap nie :)

    BalasPadam
  4. nice sharing akak,boleh cuba buat semasa berbuka nanti ^___^

    BalasPadam
  5. agak agak...kalaau org lelaki wat leh jadi cam dlm gmbr tu x? hehe

    BalasPadam

  6. nmpk sedap..nyum2..
    btw, salam ramadhan & selamat berpuasa =)

    BalasPadam
  7. mesti sedap nih!. nnt nak cuba. :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !