Rabu, 24 Julai 2013

MAYAT DIIKAT DI TANGGA DITEMUI DI PADANG SIDING , PERLIS


berita,mayat kena ikat di padang siding perlis,kes mayat ditemui di perlis

Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kaki dan tangan terikat di tangga kayu yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di dusun di Kampung Padang Siding di sini, semalam.

Ketika mayat ditemui orang awam kira-kira jam 9 pagi, kemaluan mangsa dikatakan dibiarkan terdedah, dipercayai untuk mengaibkannya. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, berkata polis tidak menemui dokumen pengenalan diri mangsa serta tiada kesan kecederaan. 



Tiada tanda kecederaan

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kematian serta motif utama pembunuhan kerana tiada sebarang tanda kecederaan ditemui pada mayat itu.
berita,mayat kena ikat di padang siding perlis,kes mayat ditemui di perlis

“Bagaimanapun, keadaan mayat yang terikat dengan kemaluan yang sengaja didedahkan mungkin boleh memberi petunjuk bahawa kes itu kemungkinan besar bermotifkan dendam,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk bedah siasat. 
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Sarih Salleh di talian 019-3334940 untuk membantu siasatan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...