Rabu, 12 Jun 2013

sinopsis novel : suamiku encik sotong

tajuk novel awesome sekali bagi yana , , suamiku encik sotong, , kalau lelaki dikatakan sotong, , mesti lelaki nieyh ciri-cirinya lembut sopan gitu kan, , apakah novel nieyh menceritakan tentang lelaki lenbut . . macam yang kita gambarkan melalui tajuk novel. . jom kita baca sinopsis novel tersenbt..


ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.”

16 ulasan:

  1. Mcm interesting. Sy baru habis baca novel Dari blogger jadi Maid. Best gila . Haha . lepas ni sy nak baca novel ni pulak lah. Thanks for sharing :)

    Singgah2 lah ke blog saya pulak ye ^^
    Kalau sudi follow , amatlah dialu-alukan jugak ^^

    BalasPadam
  2. @Nur Atiqah novel dari blogger jdi maid,,belum baca,,nk kna terjah kdai novel

    BalasPadam
  3. SENYUM SENDIRI KAK BUI BACA TAJUK NOVEL NI..HIHIHI

    BalasPadam
  4. @Puan Bui Junaidi hehehe , , belum lgi baca sinopsis dia :)

    BalasPadam
  5. waah . dah lama la tak baca novel . busy yang amat . hurmm . dapat baca sinopsis pun jadi la . nice sharing dear :)

    BalasPadam
  6. Hahaha.. Lawak jark dengar tajuk tu..

    BalasPadam
  7. muahahahaha... macam interesting ni yana... adehh...ni yang gatal nak gi beli ni...ekekekeke....

    BalasPadam
  8. @Farah Waheda Wahid g beli cepat sis,,nnti hbis,,kn melepas pulak

    BalasPadam
  9. wah... berminat pula dgn novel ni,... jarang jumpa novel macam ni... eh,, kalaulah saya dapat baca sekarang.. kan bagus.. hehehe..

    BalasPadam
  10. Tak brapa best ceta ni

    BalasPadam
  11. dh baca ke????

    BalasPadam
  12. ahahahahaaaaaaahhhhh somi dy inchekkk sutunnnn!!!!!! klakaaaarrrr.... x sbaarr nkg beli novell niiii....tp da der org kte x besyyhhhh plak????? alaaaa....

    BalasPadam
  13. Nak buat novel..tapi takut tak best

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...