Ahad, 23 Jun 2013

KERABU SARDIN BERSAMA DAUN SELOM





resepi kerabu lagi. . kali ini resepi kerabu sardin bersama daun selom. . 
mungkin ada yg x kenal daun selom tue macam mana rupanya ...





resepi, resepi kerabu, resepi sardin.resepi kerabu sardin bersama selom




ha gambar kat atas tue lha yang dinamakan daun selom. . 
ala bila makan laksa confirm ada daun selom ditabur atas laksa bersama bawang & cili, , 
untuk pengetahuan korang, , sardin pown boleyh dibuat kerabu. . 
jangan pandang rendah terhadap sardin yer :)
macam mana nak buat kerabu sardin nieyh .....
jom ikut step di bawah ok.....




resepi, resepi kerabu, resepi sardin.resepi kerabu sardin bersama selom



Bahan-bahan:

2 ikat daun selom - dibersihkan dengan garam dan dituskan
1 tin kecil sardin - ambil isinya sahaja
1 biji limau nipis - diperah jusnya
1 sudu besar air asam jawa
1 labu bawang besar - dibelah 2 dan dihiris nipis
10 tangkai cili api - ditumbuk halus
1 sudu besar udang kering - direndam dan ditumbuk halus
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa




Cara menyediakan:

1. Daun selom dihiris halus.
2. Ikan sardin dihancurkan sebelum digaulkan dengan daun selom.
3. Masukkan bawang besar, cili api, air asam jawa, jus limau nipis, udang kering, serbuk lada hitam, garam dan gula.
4. Kemudian gaul kesemua bahan ini sehingga rata.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.



senangkan ? selamat mencuba :)


9 ulasan:

  1. wah hebat resepi nie..hihi...cik akak tak pernah makan lagi

    BalasPadam
  2. wahhhh cm sedap je, x pernah mkn lgi

    BalasPadam
  3. @Nao Mei boleyh lha try buat cik akak, ,bulan puasakn dh nk dekat :)

    BalasPadam
  4. camnelah rsa dia ye..hu3 kureng skit kalau cmpur byak bnda cmni :)

    BalasPadam
  5. kalau makan dengan nasi dagang sedap kot..bulan pose ni semua bende nampak sedap hehe..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...