Isnin, 24 Jun 2013

KEK SPAN BERSAMA JEM STRAWBERI

jom. . .yana nak bagi resepi buat kek span bersama jem strawberi. . 
jom try buat
resepi, resepi kek.resepi kek span,resepi kek span jem strawberi

Bahan-bahan A:

75 gm tepung
1/4 sudu teh serbuk penaik
25 ml air sejuk
25 gm ovalette
3 biji telur sejuk
70 gm gula hangus

Bahan-bahan B:

85 gm mentega
1 sudu teh esen vanila

Bahan C:

20 gm chocolate rice
3 sudu besar jem strawberi

Cara menyediakan:

1.  Pukul kesemua bahan A dalam sebuah bekas. Ketepikan.
2.  Pukul kesemua bahan B dalam bekas yang berasingan. Ketepikan.
3.  Barulah campurkan kesemua bahan A dan B. Kacau sebati.
4.  Masukkan chocolate rice dan gaul rata.
5.  Sudip adunan ini ke dalam acuan-acuan kecil.
6.  Bakar pada suhu 170 darjah Selsius selama 30 minit.
7.  Apabila kek sudah masak, keluarkan daripada acuan dan sejukkan.
8.  Sementara itu, panaskan jem strawberi.
9.  Tuangkan cairan jem strawberi ini ke atas kek.


p/s:kalau korang xsuka jem strawberi boleh tukar pakai jem lain
ikut citarasa masing-masing.selama mencuba :)

11 ulasan:

  1. betul juga.
    Kalau buat kecil2 nmpak lg sedap.

    BalasPadam
  2. rajin betol adik yana buat eh..hihi...
    lepas nie..dapat cik akak tumpang try belajar juga..hihi

    nanti cik akak buat warna purple gitu..hihi

    BalasPadam
  3. sedapnya kek span nih.. nak suruh mama saya buat.terima kasih follow saya.

    BalasPadam
  4. @Fizi Zaidi baru nmpak dh sedap..klw dh rasa confirm lagi sedap.hehe

    BalasPadam
  5. @Nao Mei cik akak suka purple boleyh letak jem blueberry,,lgi sedap

    BalasPadam
  6. resepi sndri ke?? pandai bt :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...