DI HATIKU KAU DISITU






novel, novel bulan jun 2013, ,sinopsis novel di hatiku kau disitu





Novel ini berkisar tentang Haifa/ Aifa gadis biasa yang miskin bercinta dengan Iman anak orang kaya , akan tetapi cinta yang diharapkan ke jinjang pelamin oleh Aifa ini tidak kesampaian , si dia berkahwin dengan jodoh yang ditentukan keluarga. Aifa merana selepas ditinggalkan, akan tetapi dia tetap meneruskan kehidupan walaupun bukan mudah untuknya melupakan cinta pertamanya, masih teringat lagi ucapan terakhir Iman sebelum ikatan cinta mereka terlerai.

“ Abang nak putuskan hubungan dengan Aifa, Lepas ini Aifa tak payah hubungi abang lagi, Abang nak Aifa lupakan abang. Abang tetap sayangkan Aifa sampai bila. “

Setelah ditinggalkan Iman, Aifa telah berhenti kerja di Kilang dan bekerja sebagai promoter Jualan di Pusat membeli belah, akan tetapi dia menghadapi masalh , dimana boss besarnya , Mr Lee cuba memikatnya walaupun Aifa tidak mahu melayannya, Mr Lee masih terus memikat Aifa sehinggakan anak dan isteri bossnya itu datang menyerang Aifa di tempat kerjanya, Ini menyebabkan Aifa bertindak untuk berhenti kerja dan memohon jawatan kerani ofis. Pada hari temuduga, , Nazim , penemuduganya yang juga orang ke2 penting di syarikat itu terpikat dengan kecantikan Aifa, dia menerima permohonan kerja Aifa walaupun kelulusan Aifa tidak layak untuk jawatan itu, Nazim seorang lelaki yang gemar berpoya-poya dan gemar menghabiskan masa dengan gadis2 seksi, akan tetapi selepas memandang Aifa walaupun Aifa bertudung, hatinya terpikat dan semenjak hari pertama Aifa bekerja dia sering mengajak Aifa keluar lunch dengan dia, pada mulanya Aifa rimas dengan pujuk rayu Nazim, akan tetapi akhirnya Aifa terpaksa jua menerima ajakan2 Nazim dalam keadaan yang tidak selesa, Aifa juga tidak suka dengan perangai Nazim yang sangat suka memkasa dan kuat cemburu, tetapi apakan daya, dia bekerja di Syarikat milik keluarga Nazim.

Setelah seminggu bekerja disitu, Aifa bertemu dengan Boss besar syarikat itu, rupa2nya Iman adalah bossnya itu, Iman juga merupakan abang Ipar Nazim, apabila melihat wajah Aifa yang sudah bertudung, rasa cinta dihati Iman kembali mekar, dia mula cuba memikat kembali Aifa walaupun dia tahu dia tahu adik iparnya sedang memikat Aifa dan sering keluar bersama Aifa, Hubungan mereka yang tidak rapat sebelum ini semakin buruk kerana mereka saling berebutkan perempuan yang sama. Bila cemburu menguasai diri mereka , yang menjadi mangsanya Aifa iaitu tempat mereka melepaskan kemarahan. Aifa yang sudah menerima Nazim di dalam hatinya telah menolak permintaan Iman yang ingin menjadikannya isteri kedua, ini menyebabkan Iman kecewa tambahan lagi Aifa telah menerima pinangan Nazim, walaupun keluarga Nazim tidak merestui perkahwinan itu, mereka tetap berkahwin.

Di awal-awal perkahwinan, hidup mereka penuh dengan kasih sayang dan cinta, akan tetapi setelah 2 bulan berkahwin,konflik melanda dimana Iman yang berang dengan perangai Nazim telah mengaku yang Aifa itu bekas kekasihnya, Nazim merasa tertipu dan cemburunya semakin teruk apabila , klien mereka , anak kepada Mr Lee , bekas boss Aifa ada bersama ketika Iman , Nazim dan Aifa sedang berkelahi, anak Mr Lee itu memberitahu yang Aifa pernah menjadi perempuan simpanan ayahnya, Semakin hari hubungan ini semakin teruk dan Nazim sanggup menghina Aifa dan menaikkan tangan kepada Aifa.

“ Kau ini memang perempuan yang tipu muslihat,berlagak alim konon, tetapi perangai mengalahkan pelacur kelas atasan”

“ Kau buat apa ni? Jangan peluk aku lah, aku jijik dipeluk perempuan hina macam kau!” Herdik Nazim, Tubuh Aifa ditolak sekuat hati. Haifa gagal mengimbangkan badan terus terjatuh di atas permaidani. Berdentum kepalanya menghentam bucu meja . Kerana sakit yang teramat sangat, dia pegang kepalanya dengan kedua belah tangan. Tanpa disedari , darah merah membasahi celah-celah jarinya.

Haifa mula rasa yang dirinya sudah tidak diperlukan oleh Nazim, Tragedi-tragedi yang menimpa AIfa selepas itu menyebabkan Aifa mula bertindak meninggalkan rumah mereka dan dia meninggalkan segala barang yang pernah dihadiahkan oleh Nazim untuknya. Dia juga berhenti kerja di syarikat Nazim itu kerana dia sudah tidak sanggup lagi menerima hinaan dan cacian dari Nazim yang menderanya secara fizikal dan mental.
Nak tahu cerita seterusnya, jangan lupa beli novel ini.

Catat Ulasan

3 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan