sinopsis novel : sebab saya suka dia

Dia seorang gadis yang sempurna serba-serbi sehinggalah Muhammad Amirul Adib muncul dalam hidupnya dan merosakkan segala-gala yang telah dirancang rapi.

“Awak tahu tak betapa berdosanya seorang isteri jika menyimpan perasaan istimewa terhadap lelaki lain yang bukan suami? Afrina Airisya, saya tak nak jadi suami dayus! Ya, hubungan ni baru sahaja nak bernafas. Tapi tak bermakna awak boleh lakukan apa yang awak nak! Saya tak nak terjerat sama dalam jurang maksiat yang bakal awak lakukan dengan bekas tunang awak tu!”
“So? Aku bukannya milik kau, Amirul Adib! Bukan milik kau untuk kau paksa aku buat itu dan ini!”
“Kau milik aku, Afrina Airisya. Semuanya milik aku. Jangan paksa aku untuk tuntut apa yang sepatutnya aku dapat malam semalam! Aku suami kau, ingat tu.”

Tidak . Tidak dan tidak mungkin dia akan mencintai Muhammad Amirul Adib sedangkan dia percaya bahawa hatinya telah kukuh bersama lelaki yang mencintainya sepenuh hati, Afif Ezaniey. Ya , Adib pernah menjadi lelaki yang didambanya suatu ketika dahulu tetapi itu adalah cerita yang lama dan dia harus bangkit daripada terus mencintai lelaki yang tidak mungkin akan mencintainya kembali.

“Adib, awak tak cintakan saya. Dan saya pun tak cintakan awak. Kenapa masih hendak teruskan perkahwinan ini? Saya pun ada life! Saya pun hendak hidup macam orang lain! Jadi, lepaskanlah saya. Saya yakin saya boleh hidup bahagia dengan Ezaniey!”
“Apa dia? Saya tak cintakan awak dan awak pun tak cintakan saya. Siapa awak nak duga hati saya?

Adakah hubungan mereka akan menemui kegagalan pada akhirnya? Mampukah mereka melengkapi antara satu sama lain? Adakah Ezaniey akan kekal di hati Afrina Airisya atau Amirul Adib yang sentiasa berada di sudut hati Afrina Airisya yang paling dalam? Sebab saya suka dia… empat sebab saya suka dia…

“Sebab saya suka dia... Pertama, tiada sebab. Kedua, tiada sebab. Ketiga, tiada sebab. Dalam cinta, tak sepatutnya ada sebab mengapa kita cintakan dia kerana jika benar kita cintakan seseorang itu, kita tidak akan memandang segala kelebihan dan kekurangannya. Airisy cuma sayangkan abang dan jangan harap abang boleh tinggalkan Airisy.”

Catat Ulasan

2 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan