PERKARA UNTUK CALON SEMASA MENDUDUKI UJIAN MEdSI





PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENDUDUKI UJIAN MEdSI DAN TEMU DUGA

1.         Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan

           Etika Pakaian Lelaki
  • Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in).
  • Memakai kasut dan berstokin;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;
            Rambut Lelaki
  • Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan;
  • Rambut tidak boleh diwarnakan.
            Etika Pakaian Perempuan
  • Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
  • Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
  • Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
            Rambut Perempuan
  • Rambut tidak boleh diwarnakan;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan.
2.         Membawa Kad Pengenalan /MyKad
Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
3.         Membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI
  • Calon diminta membawa Slip
  • Slip boleh dicetak melalui laman web rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (http://www.upsi.edu.my)
  • Kegagalan membawa Slip boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.
4.         Peralatan yang perlu di bawa untuk Ujian MEdSI
            Ujian MEdSI
            Calon diminta membawa sendiri alat-alat tulis secukupnya untuk menduduki ujian seperti berikut :
  • Pensil 2B
  • Getah Pemadam (Eraser)
  • Pena mata bola (ball pen) warna hitam/biru

            Calon diminta membawa dokumen asal seperti berikut:
  • Kad pengenalan/MyKad calon



belum check temuduga medsi ?
jom check adakah anda dapat tekan sini
      

Catat Ulasan

9 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan