Dakwat Kekal PRU Rupanya Tidak Kekal Lama? Penjelasan Dari SPR

dakwatkekal-hilang-2


Rasanya semua sudah tahu mengenai dakwat kekal yang perlu dicalit pada jari yang pertama kali digunakan semasa pilihanraya di Malaysia dan pada kali ini menurut Peraturan 19A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan  Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 menetapkan bahawa seseorang pengundi yang datang ke Tempat Mengundi dan yang meminta  dikeluarkan kertas undi, adalah diwajibkan jari telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan.
dakwatkekal-hilang


Tetapi baru-baru ini selepas selesai proses mengundi awal untuk polis dan tentera, ada yang membuat laporan bahawa dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Mula-mula kami tidak percaya juga dengan gambar dan video yang dipaparkan di laman Facebook,tetapi bapa penulis merupakan seorang pegawai tentera yang mengundi awal iaitu pada 30 April 2013, dan memang benar warna dakwat kekal yang dicalitkan pada jari tidak kekal lama. Warnanya pudar selepas sehari iaitu pada 1 Mei 2013.  Tidak seperti yang diwar-warkan akan kekal paling kurang 3 hari selepas calitan.



Penjelasan SPR ( Bernama ) :
1. SPR menjelaskan bahawa dakwat kekal yang dicalitkan ke atas sesetengah jari pengundi yang hilang/luntur selepas dicuci adalah kerana kegagalan kakitangan SPR mematuhi prosuder yang telah ditetapkan.
2. Kajian mereka menunjukkan bahawa calitan dakwat kekal tahan lebih lama jikalau botol digoncang berbanding tidak digoncang.
3. Namun begitu SPR menjelaskan bahawa pengundi2 awal yang telah melakukan pengundian awal tidak dibenarkan mengundi sekali lagi memandangkan nama mereka tiada dalam rekod pengundian umum pada 5 mei ini.




credit to mrs w

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. mula2 nampak dah macam pakai inai jer... he he he...

    BalasPadam
  2. mmmm.. kecoh pasal dakwat kekal ni yer???

    BalasPadam
  3. errr.. ambik wudhuk sah tak dgn dakwat tu ek?

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan