Isnin, 8 April 2013

Tasha Shilla & Mahali Jasuli mesra Di Twitter

Tasha-Mahali Pamer Kemesraan Di Twitter
Walaupun masih belum sebarang kenyataan rasmi keluar daripada mulut pelakon Tasha Shilla dan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli mengenai mereka sedang menjalinkan hubungan cinta, tetapi mereka seakan mengiakan cakap-cakap orang apabila semakin terbuka memaparkan kemesraan mereka di laman Twitter masing-masing
Semalam, apabila Mahali, 24, berjaya menjaringkan gol buat kelabnya, Selangor, Tasha, 25, pantas memuat naik status di Twitter dengan mengatakan, “goal!! You are the best sayangku Mahali Jasuli”.
Tasha-Mahali Pamer Kemesraan Di Twitter
Selepas mendapat pesanan itu, Mahali terus membalas dengan mengucapkan, “terima kasih sayangku”.
Wah, nampaknya bibit-bibit cinta di antara mereka sedang berbunga dan makin bertambahlah pasangan pemain bola yang bercinta dengan selebriti tanah air kita.
Selain itu, Tasha juga berkongsi gambar mereka bersama ketika menyambut kelahiran buah hatinya itu pada 2 April yang lalu.
Semoga dengan sokongan daripada Tasha mampu meningkatkan prestasi Mahali dalam bidang sukan yang diceburinya sehingga mampu mengharumkan nama Malaysia lagi selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...