shila amzah tak hadirkan diri di ABPBH 2012





Bersyukur kerana dapat memenangi trofi Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 buat kali pertama, Shila Amzah memohon maaf apabila tidak dapat menyertai siri jelajah mahupun memeriahkan malam kemuncak anugerah itu, Ahad lalu berikutan komitmen terhadap konsert bergerak di Amerika Syarikat (AS). 



Masih berada di Las Vegas usai siri konsert terakhir selepas Lincoln Centre New York dan San Francisco, hari ini pemenang Asian Wave itu dijadualkan terbang semula ke Shanghai bagi menyiapkan penggambaran video muzik untuk China Idol. 
Terima kasih emak, abah, keluarga, Shila Amzah Entertainment dan tidak lupa Shilalas kerana terus memberikan sokongan padu terhadap kerjaya seni saya.  yang menyokong industri hiburan menerusi penganjuran dan pengiktirafan buat karyawan seni. 




Saya minta maaf sebab tidak dapat hadir. Selepas menamatkan konsert di AS bersama lima penyanyi lain, saya kembali ke Shanghai bagi menyiapkan beberapa projek termasuk lagu tema China Idol dalam bahasa Mandarin, yang asalnya disampaikan Kelly Clarkson, katanya menerusi kiriman e-mel

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. owh patutlah dia x hadir...ada acara yg lebih besar dihadiri oleh shila

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan