Isnin, 15 April 2013

MISHA OMAR TANGGUH KAHWIN LAGI KE 2014



 Penyanyi, Misha Omar yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 31, pada September tahun lalu, bagaimanapun terpaksa menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2014.
Misha Omar berkata, dia dan bakal suami terpaksa menangguh perkahwinannya kerana sibuk dengan urusan kerja selain sedang mencari masa sesuai untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.
"Tahun ini saya sangat sibuk, bayangkan jadual saya penuh sehingga Ogos, tapi tak akan nak kawhin bulan puasa pula kan?

"Jadi jangan tanya mengenai kahwin dahulu buat masa ini.
"Sebenarnya kami sudah tangguh sekali dan sepatutnya September tahun lalu.Tapi waktu itu tunang saya belum habis peperiksaan sebelum mendapat lesen untuk mengendalikan pesawat Airbus.
"Jadi insyAllah, kami akan membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun hadapan iaitu 2014," katanya kepada murai.com.my

Misha Omar memberitahu, dia tidak mahu mempersia-siakan rezeki yang datang kerana selepas melancarkan album keempatnya pada Mei ini dia bakal beraksi pula dalam teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya pada Jun ini.
"Kita jangan terlalu gelojoh. Asalkan kami membawa diri dalam perhubungan ini itu sudah cukup memadai kerana satu kaki kami sudah kearah itu (perkahwinan).
"Saya akui rezeki datang melimpah tahun ini mungkin sebab niat nak kahwin itu ada, jadi tuhan bagi rezeki begini.

"Usaha nak kahwin itu ada tetapi biarlah saya selesaikannya satu-persatu," jelasnya lagi.
Misha memberitahu dia bakal mengambil cuti sekurang-kurangnya dua bulan sebelum untuk membuat persiapan perkahwinan supaya momen hari bersejarah itu dapat dilaluinya dengan sempurna.
"Pada saya, ini detik ini paling indah buat saya kerana akhirnya saya dapat buktikan bahawa gosip yang mengatakan saya sudah berkahwin itu tidak benar.
"Lebih indah lagi, akhirnya saya bertemu dengan orang yang benar-benar mahu ambil saya sebagai isteri.
"Saya mahu bila saya sudah mengambil keputusan hendak berkahwin biarlah ianya tidak berjalan dengan dengan tergesa-gesa dan bercelaru bersama komitmen kerja yang belum selesai.

"Jadi saya akan mengambil sebulan hingga 2 bulan untuk berehat daripada aktiviti seni untuk manjakan diri.
"Saya mahu fokus satu persatu perkara dan tak mahu ianya bercelaru," tambahnya lagi.
Misha dan Firos telah bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu dan telah bersetuju untuk bertunang selama setahun.

3 ulasan:

  1. Datang mengunjungi blog sahabat,..... semoga tambah blog semakin ramai dan semakin banyak orang yang mengomentari :)

    BalasPadam
  2. Semoga mereka bisa bersatu dan bahagia

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !