Live Streaming Selangor Vs East Bengal 23 April 2013 AFC Cup





Live Streaming Selangor Vs East Bengal 23 April 2013 AFC Cup 2013, Keputusan Penuh Perlawanan.

Pada malam ini akan berlangsungnya satu perlawanan AFC Cup 2013 yang melibatkan pasukan dari Malaysia iaitu pasukan Selangor  FA menentang pasukan dari India, East Bengal FC iaitu pada jam 8:45 Malam di Stadium Shah Alam, Selangor.

Selangor akan bermain pada malam ini tanpa bintang import mereka, Francis Forkey Doe, dan ketiadaan barisan hadapan yang berkuasa telah dirasai oleh seluruh pasukan dalam perlawanan baru-baru ini mereka di M-League.

The Red Giants tersingkir daripada Piala FA oleh Johor Darul Takzim selepas penentuan penalti. Dalam perlawanan hujung minggu lepas menentang pasukan Negeri Sembilan mereka juga gagal menunjukkan taring dan hanya mampu seri 0-0.

AFC Cup memperlihatkan bahawa Irfan Bakti dilihat telah bersedia untuk menghadapi dalam apa jua situasi untuk membuat rombakan pemain kerana mereka gagal untuk memberikan kemenangan dalam tiga perlawanan pertama AFC Cup, termasuk perlawanan dengan East Bengal dalam perlawanan pembukaan mereka. 

Walau bagaimanapun, kemenangan ke atas Sai Gong dalam perlawanan terakhir mereka telah memberikan mereka harapan bahawa mereka boleh merapatkan jurang dengan dua pasukan teratas jika mereka mengutip mata maksimum di sini.

Perlawanan ini akan disiarkan di saluran TV9 dan juga Astro Supersports 813. Jadi kepada yang tidak berkesempatan untuk menonton di kaca televisyen,

Catat Ulasan

0 Ulasan