kekasih radhi OAG dah bertudung





cerita mengenai kekasih radhi oag. . 
umor 19 tahun, , mak oii,,,mudanya, , heheheVokalis kumpulan OAG, Radhi akui gembira melihat perubahan kekasihnya, Ayu, 19, yang kini mengenakan hijab. 

Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 36, berkata dia tidak pernah memaksa kekasihnya itu untuk bertudung sebaliknya sering memberi kata-kata semangat supaya Ayu berimej sopan dan menutup aurat.




"Sebenarnya dia baru sahaja belajar untuk selesa dengan imej bertudung.
"Saya suka dengan imej terbarunya itu kerana sejuk sahaja melihat bakal isteri saya berhijab.
"Saya tidak pernah memaksa dia untuk bertudung tetapi saya pernah bercerita kepadanya tentang hukum menutup aurat.
"Saya bangga dengan perubahan dan usahanya. Saya harap imej bertudung ini berterusan dan saya tidak akan memaska dia walaupun kami sudah berkahwin tetapi saya lebih suka jika melihat bakal isteri saya memakai tudung,"katanya kepada murai.com.my
Radhi diminta mengulas mengenai imej terbaru kekasihnya itu selepas dia dilihat bersama kekasihnya ketika pelancaran sidang media Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua baru-baru ini.
Belum sedia untuk berkahwin dalam masa terdekat, Radhi memberitahu buat masa ini dia mahu menstabilkan ekonomi dan kerjaya seninya.
"Saya bersyukur kerana Ayu dan keluarganya menerima saya dengan baik walaupun mereka tahu saya kini sedang pulih daripada najis dadah.
"Tetapi masih terlalu awal untuk kami berfikir mengenai soal kahwin.
"Dia pun masih muda dan saya perlu menstabilkan ekonomi saya sebelum kami berkahwin.
"Lagipun saya mahu Ayu benar-benar boleh menerima diri saya yang merupkana bapa tunggal kepada seorang anak saya sebelum kami kahwin," luahnya lagi.
Radhi OAG dan bekas isterinya, Shazlin Shariff bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 8 Jun 2010.

 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. alhamdulilah.:D

    kan cantik mcm tu..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...

    **Tahniah, yana bertuah! (^_^)**
    http://dialoguda.blogspot.com/2013/04/mini-giveaway-3-pemenang.html

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan