Rabu, 3 April 2013

Hairul, Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia



SELEPAS menjuarai Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama, pelakon tampan, Hairul Azreen mahu menunaikan hajatnya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan haji di tanah suci Makkah.

Walaupun sedih kerana kedua-duanya tidak dapat menghadirkan diri ketika majlis penyampaian hadiah di Publika, Damansara namun dia gembira dengan sokongan yang diberikan peminatnya.



"Alhamdulillah, inilah saatnya, saya mahu menunaikan janji untuk ke Makkah bersama kedua-dua orang tua saya.


"Ia merupakan cita-cita dari dulu lagi dan saya mahu tutup mata dengan keadaan tenang. Tetapi masih belum memutuskan tarikhnya. Insya-ALLAH, mungkin penghujung tahun ini," kata Hairul.





Hairul turut menjelaskan ketidakhadiran keluarganya kerana mereka kini berada di Beijing, China atas urusan peribadi.


Dalam perkembangan lain, selepas berakhirnya pertandingan tersebut, Hairul tidak menafikan bahawa dia menerima panggilan telefon untuk tawaran berlakon hampir setiap hari.


"Buat masa sekarang saya mahu mengukuhkan nama dalam bidang lakonan sebelum terjun ke bidang lain.


"Tambahan pula saya banyak menerima tawaran berlakon drama dan bulan Jun nanti saya akan terbang ke Korea untuk penggambaran di sana," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...