Dukung: Bayi lebih tenang



dapatkan peplum dengan harga serendah rm25 *terhad* klik untuk detail klik sini 







MENDUKUNG atau menggendong bayi mempunyai sejarah yang panjang. Berabad lamanya ibu-ibu daripada pelbagai budaya di seluruh dunia bergantung kepada kaedah mendukung bayi untuk mengasuh anak-anak sambil menjalankan rutin harian.
Mendukung bayi juga memberi peluang kepada bapa untuk membina ikatan emosi yang sama seperti yang dirasai oleh ibu.


Ini merupakan suatu pengalaman yang tidak mungkin dapat dirasai berbanding jika mereka menolak bayi di dalam kereta sorong (stroller).
Suhu badan, bau yang dikenali dan corak pernafasan ibu bapa mampu mewujudkan rasa selamat tenang dan bahagia pada bayi.
Biarpun buat seketika amalan menggendong bayi dianggap ketinggalan zaman dan hanya dilakukan oleh ibu-ibu di kampung, kini amalan itu kembali menjadi ikutan dalam dunia pengasuhan moden dengan lebih ramai ibu bapa mula melihat manfaat mendukung bayi sebagai alat ikatan hubungan dan membantu perkembangan sihat bayi.
Seiring dengan kemajuan teknologi juga, kaedah atau alat mendukung bayi turut mengalami perubahan.
Kalau dahulu sesetengah ibu bapa hanya menggunakan kain sarung untuk mengendong bayi, kini terdapat pelbagai bentuk dan rekaan alat kendong yang menawarkan pelbagai kelebihan.


Pakar kiropraktik terkenal, Dr. Moira Robertson berkata, sokongan yang sihat diperlukan pada sesuatu alat kendong sama ada yang berbentuk kendong (carrier) atau selempang ( sling ) kerana perkembangan tulang belakang yang seiring dengan pembesaran bayi.
“Ibu bapa harus mengelak daripada membeli kendong kelangkang yang menyebabkan kaki dan pinggul anak-anak mereka terjuntai ke bawah atau lurus kerana ia menghalang pinggul berada dalam soketnya.
“Kendong yang baik harus mempunyai tapak yang luas agar bayi selesa dan pinggulnya dalam keadaan yang betul.
“Melalui kendong juga, tulang belakang ibu bapa dapat disokong dengan mengagihkan berat daripada pinggul dan bahu seiring dengan pembesaran bayi mereka," katanya yang berasal dari Afrika Selatan tetapi sudah lebih 10 tahun menetap di Malaysia.
Sementara itu Pengurus Negara (Malaysia), B&G Baby and Maternity Distribution (M) Sdn. Bhd., Jonathan Horsley berkata, jika bayi didukung, mereka akan berasa bahawa mereka disayangi, selamat dan dijaga.
“Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, mendukung bayi membuktikan mereka kurang menangis dan berasa tenang.
“Jika didukung, bayi-bayi ini akan rasa seolah-olah mereka turut mengikut kemana ibu bapa mereka pergi, manakala ibu bapa bebas untuk melakukan aktiviti harian mereka.
“Dengan penggunaan alat kendong, bayi juga akan berada dengan ibu bapa dan senang untuk dipantau kerana mereka dekat dengannya.
“Ibu bapa perlulah memandang berat tentang penggunaan kendong demi menjamin kesihatan dan keselesaan bersama keluarga," katanya.
Beliau ditemui ketika pelancaran tiga alat kendong terbaru jenama Bloom & Grow iaitu the BabaSling, ERGObaby dan Hippychick yang diedarkan oleh B&G Baby and Maternity Distribution (M) Sdn. Bhd., di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Hadir memeriahkan majlis tersebut bekas Miss Universe Malaysia dan penyampai televisyen, Lina Teoh bersama bayi lelakinya, Dylan, serta pelawak terkenal, Harith Iskander bersama isteri, Dr. Jezamine Lim dan anak lelaki mereka Zander Xayne Iskander, bagi berkongsi pengalaman masing-masing mendukung bayi.
Kesemua alat kendong mampu memberi keselesaan kepada kedua ibu bapa dan bayi serta mengeratkan lagi hubungan antara mereka.
Alay itu juga direka dengan spesifik untuk menangani punca sakit belakang di kalangan dewasa, pada masa sama memberi kedudukan yang selesa kepada bayi.
Sebagai contoh, Hippychick, yang merupakan tali pinggang sokongan belakang dan dibangunkan untuk membolehkan golongan ibu atau bapa membawa anak mereka secara selesa semula jadi tanpa rasa sakit belakang.
TheBabaSling pula merupakan revolusi dalam rekaan rajut buai (hammock) dengan bentuk sempurna bagi menyokong pembentukan tulang belakang bayi. Dengan tidak kurang lima posisi dan tali yang mudah dilaras, alat ini mudah digunakan dan selamat.
Sementara itu ERGObaby pula merupakan alat pembawa bayi yang menyokong perkembangan tulang belakang bayi, pada masa sama mengagihkan berat bayi ke pinggul dan bahu ibu bapa mereka.

Catat Ulasan

1 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan