Jumaat, 19 April 2013

akibat langgar lampu merah




Bagan Serai: Akibat tidak memakai topi keledar, seorang lelaki warga emas menerima padah apabila dia cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang di hadapan Balai Polis Cawangan Trafik Bagan Serai itu, mangsa dikenali sebagai Ismail Awang, 70, bernasib baik kerana terselamat.
Kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat sebelum sebuah kereta dari arah Bagan Serai gagal mengelak sebelum merempuhnya.

Saksi kejadian dikenali sebagai Omar, 24, berkata, dia sempat melihat mangsa memecut laju ketika lampu merah sebelum dirempuh kereta berkenaan menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter.



Foto
ORANG ramai membantu mangsa yang cedera parah di bahagian kepala.


p/s:semoga perkara ini menjadi pengajaran kepada pengguna jalan raya,patuhi peraturan yang ditetapkan 


sumber: metro 

3 ulasan:

  1. Orang sekarang nih suka suki je langgar lampu merah ye..Buruk padahnya kalau tak mematuhi peraturan ni.. :)

    BalasPadam
  2. itu lha,,nk cepat cgt kn, ,

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...