Khamis, 14 Mac 2013

ZIZAN RAJA LAWAK BAKAL BERKAHWIN






Zizan dah tak tahan dan ingin berkahwin selewatnya hujung tahun ini,jika ada jodoh kerana sehingga kini zizan masih singgle???>...

Jadi,kepada awek2 diluar sana yg masih kekosongan,apa lagi...p lah interview kat jiwa hati zizan ni...hahaha...


Pelawak tersohor tanah air, Zizan Razak sudah cukup bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya selewat-lewatnya tahun depan. Ini kerana selepas melihat ramai rakan-rakannya yang telah mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak.

“Saya tahu pada usia sekarang, sudah ramai rakan-rakan saya yang berkahwin dan mempunyai anak termasuk Nabil Raja Lawak yang baru menimang cahaya mata.

“Apabila melihat mereka dengan keluarga, rasa seronok dan teringin pula nak ada keluarga sendiri. Nabil pun saya lihat bahagia dah sekarang dengan cahaya pertamanya.

“Jadi rasanya, bila usia saya sudah mencecah 30 tahun nanti saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berkeluarga,” kata Zizan Raja Lawak.

Namun, Zizan Razak masih lagi belum punya calon isteri untuk dikahwininya dan menyerahkan segala-galanya kepada jodoh.

“Terus-terang sekarang ini, saya masih lagi ‘single’ dan tidak mempunyai kekasih. Malah saya sedang mencari dan mengambil peluang untuk mengenali mana-mana wanita,” tambahnya lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...