siti nurhaliza berduet dengan babyface








Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza terpilih untuk membuat persembahan bersama bintang terkenal antarabangsa, Babyface pada majlis amal sempena majlis amal Grand Prix Formula One 2013 mengakui berdebar menanti saat itu.
Siti, 34, bagaimanapun berkata, beliau masih belum membuat keputusan untuk lagu yang bakal dipersembahkan pada malam itu nanti namun mengesahkan mereka akan berduet lagu nyanyian Babyface.
Acara itu diadakan bagi mengutip dana Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dan akan berlangsung pada 21 Mac ini.
Kedatangan Babyface yang terkenal dengan lagu ‘Fire’ suatu ketika dulu pastinya dapat membantu mengutip dana IJN ini dan pasti ramai tidak sabar menantikan persembahan mereka nanti.



siti nurhaliza berduet dengan babyface siti nurhaliza berduet dengan babyface Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 12:51:00 PTG Rating: 5

2 ulasan:

  1. omeyyynya Dato' Ct..

    Dato' CT taknak berduet dgn saya ke??

    hahahah

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.