Selasa, 26 Mac 2013

Single Terbaru Didie Alias Bersama Max 24:7




Didie-Alias-565x366


Sebut sahaja nama Didie Alias, pasti semua orang sudah terbayangkan Lady Gaga versi Malaysia kerana sering tampil dengan imej yang pelik ketika menghadiri majlis-majlis yang diadakan. Pelakon, pengacara dan pelawak ini selesa dan senang digelar Lady Gaga Malaysia.
Walaupun umurnya sudang menjengkau 39 tahun, namun baginya itu bukanlah satu alasan atau halangan baginya untuk menjadi lain dari yang lain walaupun sering mendapat respons yang kurang senang daripada orang ramai.
Baru-baru ini, khabar angin mengatakan beliau sudah mula berkecimpung dalam bidang nyanyian pula. Beliau telah tampil bersama kumpul Max 24:7 dengan single terbarunya yang berjudul PING! Didie juga mengatakan beliau berhasrat untuk mempunyai rancangan bual bicaranya sendiri yang diberi nama Lady Didie In The House.


“Sudah tentu saya ingin menjadi seorang artis serba boleh yang jarang dilakukan oleh artis lain seperti bergelar seorang pelakon, penyanyi, pengacara, pelawak dan penari. Pada masa yang sama, saya sangat berharap agar mempunyai rancangan bual bicara sendiri yang diberi nama Lady Didie In The House. Seboleh-bolehnya saya mahu jadi terkenal seperti Oprah Winfrey dalam bidang pengacaraan.” jelas Didie.


11142011_aimoppsmax247-a


Max 24:7 adalah kumpulan tempatan yang terdiri daripada 12 orang ahli dan semuanya berasal dari Malaysia. Max 24:7 adalah satu-satunya kumpulan K-Pop Malaysia atau lebih dikenali dengan nama M-Pop. Kumpulan ala-ala K-Pop ini masih lagi baru dan dan mungkin belum dikenali ramai secara menyeluruh. Tetapi mungkin lepas ini, kumpulan Max 24:7 akan popular kerana adanya Lady Gaga Malaysia! –

Jom lihat lagu terbarunya yang berjudul PING! bersama kumpulan Max 24:7!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...