Rabu, 20 Mac 2013

Seksi Itu Hak Saya


Akibat gambar menampakkan sebahagian pahanya yang telah dikongsi menerusi laman Instagram Zain Saidin, Rozita Che Wan telah dikutuk teruk oleh sebahagian peminatnya kerana berpakaian terlalu seksi. Malah ada yang berpendapat imej sebegitu tidak sesuai dengan Che Ta memandangkan usianya yang sudah mencecah 40-an.




Rozita Che Wan menyedari perkara ini dan berkata yang dia tidak ambil pusing terhadap kata-kata orang di sekelilingnya. Kata Che Ta:-
Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya.





Sementara itu, kekasih Che Ta, Zain Saidin telah pun mematikan akaun Instagram miliknya. Ini kerana komen-komen negatif yang terlalu banyak diterima memberikan kesan buruk kepada karier dan orang yang tersayang.
rozita che wan
Satu langkah yang bijak daripada Zain Saidin. Mungkin selepas berkahwin dengan Che Ta nanti, Zain Saidin boleh menjaga imej dan pakaian yang diguna oleh isterinya. pasti Zain tidak mahu keseksian isterinya ditatapi ramai selepas berkahwin kelak. Tak gitu?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !