Rabu, 20 Mac 2013

Nabil tidak takut dikecam



Pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob dan Nabil Ahmad baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila mereka menghasilkan sebuah video di YouTube bagi siri "Bangkang Dari Longkang" yang dikatakan mempersendakan parti pembangkang.
Berbeza dengan Salih Yaacob yang tampil membuat pengumuman mahu bersara dari dunia seni gara-gara kontroversi tersebut, Nabil dengan tegas berkata dia tidak takut dengan segala tohmahan dan kritikan ke atas dirinya kerana menyifatkan video tersebut adalah satu kebenaran yang perlu diketahui masyarakat Malaysia.
"Saya tahu video yang saya buat saya dapat tohmahan, cacian dan maki-hamun sehinggakan keluarga saya jadi takut, tapi saya tidak takut dengan semua itu kerana saya percaya apa yang saya buat insya Allah akan buka mata masyarakat Malaysia," jelasnya.
Tambah Nabil lagi, sebagai seorang anak Malaysia dia juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan negara sentiasa aman dan damai.
"Saya rasa saya ada tanggungjawab untuk negara saya selamat kerana saya ada anak. Saya mahu anak saya hidup macam apa yang saya dapat sekarang ini." Katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !