Khamis, 14 Mac 2013

Kebaikan memakan pisang muda







Kebanyakan orang yang mengamalkan diet rendah karbohidrat sering mengelakkan pengambilan pisang disebabkan oleh kandungan gulanya yang tinggi. Namun, sekiranya diambil dalam kadar sederhana, pisang sebenarnya memberikan manfaat kepada kesihatan disebabkan oleh sifatnya yang kaya dengan kandungan vitamin B6, vitamin C dan kalium. 

Di samping itu, ramai yang berfikir bahawa pisang muda mengandungi jumlah kalori yang lebih rendah berbanding dengan pisang yang sudah masak kerana rasanya yang kurang manis. Untuk pengetahuan, rasa sedemikian sebenarnya berkaitan dengan kandungan kanji yang banyak terdapat dalam pisang muda, sebelum ianya bertukar menjadi gula dalam proses kematangan. 

Jumlah kanji yang terdapat dalam pisang muda tidak sama sekali mengurangkan kandungan kalori yang terdapat dalam pisang muda tetapi ia boleh memberi kesan kepada jumlah kalori yang anda ambil apabila memakan buah tersebut. Ini kerana kanji tersebut berupaya menahan kebanyakan kalori dalam pisang dari meresap ke dalam badan, membuatkan indeks glisemik kekal rendah. 

Selain elok untuk mengekalkan berat badan yang sihat, kanji dalam pisang muda juga berupaya membantu menghindari penyakit cirit-birit dan kanser kolon.

3 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !