Jumaat, 29 Mac 2013

Izreen Azminda Rahsiakan Jantina Anak






Ketika usia kandungannya mencecah enam bulan, pelakon Izreen Azminda melahirkan rasa terujanya untuk bergelar ibu. Malah, isteri kepada Muhammad Riza Baharudin ini juga mendedahkan sudah mengetahui jantina bayi sulungnya itu. 
 
"Hasil ujian imbasan yang dibuat baru-baru ini, doktor sudah mengesahkan jantina bayi saya. Namun, saya rasa, biarlah ia dirahsiakan terlebih dahulu.
 
"Lagipun, saya tidak mahu terlalu terburu-buru kerana banyak kes yang terjadi di mana ujian imbasan bukanlah keputusan tepat.
 
"Apa jua jantina, saya dan suami tidak kisah. Yang penting, dia sihat dan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja,"  
 
Izreen juga masih aktif di lokasi penggambaran untuk telemovie 'Barakah'.
 
"Buat masa ini, saya masih lagi bekerja. Namun, jadual saya tidak sepadat dulu lagi. Selepas telemovie ini, saya akan berehat panjang menunggu tarikh bersalin.
 
"Doktor juga menyarankan agar saya berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat. Lagipun, walaupun usia kandungan baru enam bulan, tapi saya rasa macam dah sembilan bulan," ujar Izreen yang akan berpantang di Kuala Lumpur sahaja.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !