Jumaat, 15 Mac 2013

Ibu Nafi Bayi Dianiaya Seperti Yang Tersebar Difacebook




Isu yang sedang panas di laman2 sosial fb, blog dan twitter ni bermula dengan gambar bayi dalam keadaan menangis dan berdarah yang di upload seorang hamba Allah yang kononnya di sebabkan kecuaian sebuah hospital di Kota Bharu...

Ia menjadi lebih panas bila masing2 mempertahankan hujah sendiri terutama antara orang awam dan jururawat yang mungkin tersinggung dengan komen2 yang melabelkan jururawat sebagai kerja 'tidak ikhlas'

Penafian kecuaian kes berkenaan juga telah di buat oleh pihak hospital iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Dan hari ini ibu kepada bayi ini membuat penjelasan tentang isu tersebut..jom sama2 baca...

Kaki bayi tidak mengalami sebarang kecederaan


Keadaan kaki bayi yang berlumuran darah yang tersebar di facebook yang kononnya berlaku akibat kecuaian kakitangan HRPZII.




KOTA BHARU- “Saya tahu bagaimana keadaan anak saya. Apa yang disebarkan melalui laman sosial facebook kelmarin bukan gambaran sebenar seperti yang berlaku terhadapnya,” kata ibu bayi yang didakwa mengalami kecederaan di kaki kanannya, Nurul Wahidah Zulkarnain, 18, ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.


Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tempatkan dalam katil khas ketika menerima rawatan di hospital, menyebabkan ramai yang melemparkan tohmahan negatif terhadap pihak HRPZ II.


“Saya dan suami, Mohamad Saiful Naaian, 22, hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan mengenai penyebaran gambar anak dalam lama facebook, melalui Pegawai Perhubungan Awam hospital, Zaid Ahmad dalam keadaan kaki kanan anak sulung yang berdarah.


“Selepas mendapat penjelasan pihak hospital, kejadian berkenaan tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hospital,” katanya.


Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kejadian itu tidak menjejaskan keadaan bayi malah dia juga tidak mengalami kecederaan, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam, sehingga mengundang persepsi negatif kepada hospital.


“Saya menegaskan di sini, kejadian bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan kira-kira jam 6.30 pagi semalam (kelmarin), selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut ketika menerima rawatan di hospital ini dan disebarkan melalui facebook bukan berpunca dari kelalaian kakitangan hospital. 


“Dengan penjelasan ini, saya berharap masyarakat mendapat gambaran jelas tentang kejadian sebenar yang berlaku di hospital dan mengharapkan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar bayi itu tanpa mendapat keizinan pihak hospital,”katanya.


Kelmarin, laman sosial facebook ‘neposan’ menjadi perhatian umum, apabila gambar bayi itu tersebar dan mendapat kecaman ramai.


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddian Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan namun akan bertindak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya.

1 ulasan:

  1. sebenarnye bracula tu yang tercabut..bukan salah nurse tu..kawan saya yang praktikal kat situ ada sekali masa tu

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !