Ahad, 10 Mac 2013

Budak maut jatuh flet



 kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lima Perumahan Anggota Penjara Kluang di sini, malam kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, Nur Qistina Rosni, dikatakan menaiki bangunan itu bersama lima rakannya tanpa disedari ibunya sebelum bermain di sebuah rumah kosong di tingkat lima. Mangsa dikatakan memanjat pagar beranda rumah berkenaan sebelum tiba-tiba terjatuh sehingga cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 


Jiran mangsa, Khairul Anuar Harun, 30, berkata kejadian berlaku ketika bapa mangsa, Rosni Ramli, 31, yang juga seorang warden Penjara Kluang berada di tempat kerja, manakala ibunya berkumpul bersama jiran di tingkat bawah bangunan berkenaan. 

Qistina dikatakan naik tangga hingga ke tingkat lima Blok G5 Perumahan Penjara bersama lima lagi rakannya dan bermain di sebuah rumah kosong. 

Qistina dipercayai memanjat pagar beranda rumah kosong berkenaan sebelum terjatuh, katanya. 

Kematian mengejut 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.10 malam dan sebaik tiba di tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia. 

Siasatan mendapati kes itu dikategorikan sebagai kematian mengejut," katanya yang mengesahkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom untuk bedah siasat. 

1 ulasan:

  1. tak sampai hati nak baca kisah kisah cam ni. menyayat hati. sape sape yang ada anak tu tolong lah jangan lalai. nyawa tu wei. bukan boleh beli kat mana mana. awasi lah anak setiap masa dan ketika serta mohon pada Allah agar lindungi kita selalu dari perkara yg tak diingini..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !