Rabu, 20 Mac 2013

Aeril Zafrel bakal bintangi filem Hollywood



Pelakon Aeril Zafrel bakal mengharumkan nama negara apabila dia bakal muncul dalam filem Hollywood sebagai watak utama bersama pelakon terkemuka seperti Christina Ricci dan Sharon Stone.
 Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 26, memberitahu bahawa gambarnya dengan Christina itu adalah salah satu babak daripada video muzik lagu tema filem berkenaan yang masih berada dalam penggambaran di London.
"Saya akui memang benar pelakon di samping Christina dalam gambar itu adalah saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem tersebut yang masih belum mempunyai judul rasmi. Penggambaran video ini dirakamkan pada awal tahun ini.
"Namun mengenai filem itu, saya tidak boleh ulas lebih lanjut kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produksi."
Menurut Aeril, dia menerima tawaran berlakon tersebut menerusi seorang rakannya yang menetap di London.
"Rakan saya itu meminta saya hantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak penerbit terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu."
"Bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, buat masa ini saya tak dibenarkan untuk mendedahkan apa-apa mengenai judul rasmi kerana pengumuman hanya boleh dibuat oleh pihak penerbit saja."
Sementara itu, Aeril berkata dia seperti bermimpi apabila dapat berlakon dalam filem Hollywood di samping berlakon dengan pelakon terkemuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...