Khamis, 28 Februari 2013

Bahaya Menggunakan Selipar Jepun








Pasti ramai diantara kita yang selalu menggunakan selipar jepun atau disebut juga selipar sepit. Selipar ini diantara selipar yang popular yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Namun begitu selipar ini ternyata mempunyai beberapa perkara bahaya dan risiko bagi para penggunanya.

1. Tidak Ada Penyokong
Bentuk selipar yang rata, tak mempunyai penyokong bagi tumit kaki dan lengkungan kaki pemakainya tersebut tidak baik bagi keselesaan dan kesihatan. Tapak kaki yang ideal adalah yang mempunyai penyokong bagi tumit dan lengkungan kaki.
2. Mengundang bakteria pada kaki
Jika anda menggunakan selipar ini sepanjang masa, di udara terbuka, perkara tersebut boleh menarik tidak kurang dari 15000 bakteria untuk melekat di kaki anda. Dan perkara ini merugikan bagi keadaan kesihatan anda dan keluarga.
3. Bahaya ketika memandu
Elakkan memandu, baik dengan menggunakan motosikal atau kereta dengan memakai selipar ini apatahlagi yang telah longgar dan nipis. Permukaannya yang rata boleh menyebabkan kaki anda tergelincir dari pedal, sangat membahayakan keselamatan anda. Pasti boleh mengundang kemalangan.
4. Sakit Punggung
Kerana tidak adanya penyokong di lengkungan kaki dan tumit, maka memakai selipar jepun terlalu lama boleh menyebabkan timbulnya sakit pergelangan kaki dan sakit pinggul. Jika dibiarkan, lama kelamaan boleh menjadi sakit punggung.
5. Arthritis Sakit Sendi
Jika anda terlalu lama memakai selipar jepun dengan kedudukan rata apabila berjalan, maka boleh menyebabkan timbulnya arthritis atau sakit sendi @ radang pada sendi.

8 ulasan:

  1. nice..info yg berguna..baru ku tahu..hihi

    BalasPadam
  2. nice sharing ;D Lama dah tak pakai selipar jepun ^_^

    BalasPadam
  3. Akk mmg pakai slipper ni pg blk keje. Nk pakai kasut cantik syg kalau time ujan. Sampai kat opis baru tuko kasut.

    BalasPadam
  4. mengundang bakteria?
    takutnyee tengok gambaa tu.
    thanx for sharing.

    BalasPadam
  5. nice info .. selama ni duk pakai selipar jepun keluar rumah ... kena elakkan la kan ? ^_^

    BalasPadam
  6. alamak....nasib baek dah lama dah tak pki. Bhya juga rupanya, bru tahu :D

    BalasPadam
  7. alamak....nasib baek dah lama dah tak pki. Bhya juga rupanya, bru tahu :D

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !