Jumaat, 18 Januari 2013

“Mama & Papa”





TAK normal kalau lelaki atau si gadis manis tidak langsung memikirkan soal cinta atau ingin disayangi. Itu adalah hakikat dan pastinya satu tuntutan untuk menambah spesis manusia.

Tapi yang jadi lebih tak normal apabila usia ingin bercinta datang terlalu awal, masih bersekolah rendah dan lebih kronik, berkasih sayang macam pasangan suami isteri dalam beruniform sekolah lagi. 


Memang nak termuntah mendengar, itulah 
realitinya apabila sebilangan remaja hari ini yang belum pun habis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sudah pun menggelarkan kekasih hati dengan panggilan “mama dan papa”. 


Mungkin ada yang tersenyum membacanya kerana itulah refleksi diri sendiri dan mereka yang sudah jauh merencana kerjaya pula menggelengkan kepala kerana bimbang dengan senario hari ini yang terjadi pada anak muda. Mereka adalah adik, saudara, anak buah atau jiran yang selalu kita lihat.




Meminjam kata-kata seorang penceramah bebas yang popular, “Bila tengok 'couple' berjalan berpegangan tangan ibarat teh dan gula. Kedua-duanya minta untuk di jirus dengan air panas”.




Katanya lagi menyindir secara terang-terangan, “Gambar peluk 'boyfriend' siap tulis semoga hubungan Till Jannah sedangkan Till Jannah ini untuk pasangan suami isteri saja, tapi untuk pasangan 'couple'; Till Jahannam!”. 

Walaupun kasar, rasanya itu saja jalan terbaik untuk mengetuk sikap kebanyakan remaja hari ini yang sudah tersasar jauh bukan saja dari agama Islam yang melarang, tapi mengetepikan aspek budaya dan hukum alam. 




Ada betul juga frasa agama ada menyebut, kahwin awal itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kerana golongan muda hari ini semuanya sudah terlalu “gatal” ingin bersama cuma masalahnya, duit dan tanggungjawab. 

tertarik ingin mendengar sendiri komen dan pandangan remaja mengenai situasi yang berlaku ini. 

Adakah ia satu 'trend' atau pengaruh sekeliling yang membuatkan remaja ingin bercinta tapi kelakarnya, lebih serius daripada orang dewasa dan gelagat berkasih sayang mengalahkan suami isteri.??

6 ulasan:

  1. bercinta boleh tapi jangan malampau batas agama..:)

    BalasPadam
  2. yea btol tue,,,jgn mlngr bts prgaulan

    BalasPadam
  3. biasalah darah muda suka mencuba ssuatu yg baru. cinta tak terkecuali...

    p/s: mohon disable captcha

    BalasPadam
  4. yea btol tue, , jgn smpai trlanjur dh ler

    BalasPadam
  5. bg sy cnta remaja..ala sweet kot..tp 2 la jga la btas..jgn smpy tersasar..kta ada akal tuk bfikir..huh..jgn bg malu mak n ayh..plezz la maruah 2 penting tuk djaga..:)))

    BalasPadam
  6. yes, yana skong kataII awk. . cnta2 jgk,,smua org nk cnta zmn skrg, , tpi mruah dri jgn swenang-wenangnya beri

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !