Sabtu, 19 Januari 2013

Cuci Bra Dengan Betul!









Bagi gurlz,
 mengenakan bra yang selesa dipakai 
adalah syarat mutlak agar dapat tampil lebih yakin.
 Namun, sayangnya sebahagian besar gurlz tidak tahu cara
 yang betul bagaimana merawat bra supaya dapat digunakan kembali dalam keadaan yang baik serta selesa.
Yana  . berikan you all tips bagaimana merawat/ mencuci bra yang betul. So, check it out!

 Rendam
Bra yang kotor tidak perlu diberus kuat,
 memadai dengan merendamnya dalam air sabun.
 Jika bahagian belakangnya terlalu kotor,
 gosok sedikit dan hati-hati.
 Tidak perlu digosok terlalu kuat kerana boleh merosakkan bra.


 Cuci dengan tangan
Mencuci bra dengan menggunakan mesin basuh
 boleh menyebabkan kerosakan.
 Selain kawat yang bengkok,
 bra juga menjadi tidak selesa untuk digunakan.
 Berbeza dengan mencuci menggunakan tangan,
 ia bukan sahaja tidak merosakkan bra
malah ia tahan lebih lama.  
Namun yang perlu diingat,
 jika mencuci menggunakan tangan sebaiknya bra tidak diperah dengan terlalu kuat dan terlebih sabun.
 Bra yang sudah dibasuh serta dibilas sebaiknya dibiarkan kering dengan sendirinya. 

  Gunakan sabun jenis cecair 
Untuk membuat bahan bra tahan lebih lama,
 sebaiknya gunakan sabun jenis cecair untuk mencucinya.


Kancingkan pengaitnya 
Jika you all mencuci bra bersama dengan pakaian lain,
 sebaiknya kancingkan pengait bra tersebut agar tidak tersangkut pada pakaian lainnya.
 Perkara ini dapat menghindari kerosakan bra.

Terus jemur 
Untuk menghindari bra yang lembap 
dan terkena bintik yang disebabkan oleh kulat,
 ada baiknya you all terus menjemurnya.
 Usahakan agar bra tersebut kering pada hari itu juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !